Bunga-bunga ini memang cantik pada pandangan mata saya tapi malangnya usianya takkan lama.
Setelah berbunga sekali, ia akan terus mati macam bunga kuning yang saya beli sebelum ini.
Apa yang boleh saya buat cuma ambil gambar dan jadikan kenangan, lokasi tentunya nurseri kegemaran.
Saya rasa nurseri kegemaran dah tak boleh dijadikan kegemaran lagi atas beberapa sebab. Sebab pertama, taukeh asyik memantau pegerakan saya dalam nurseri tapi saya rasa saya tak pernah ambil apa-apa barang percuma kecuali gambar, yang lain semua saya bayar. Atau mungkin si Kamal bagi saya diskaun banyak sangat sampai taukeh tak dapat untung.
Sebab kedua, banyak lagi nurseri lain kat kawasan saya, jadi saya mesti mengagih-agihkan duit saya secara adil dekat nurseri-nurseri lain juga. Kesian diorang. Sebenarnya saya ada juga perasaan menyampah bila si Kamal mengada lebih-lebih. Hehehe...geli mak!
salam rose..cantik2 bunga ni..apa nama bunga ni?
ReplyDeletehehehe...tak tau namanya
Deletecantik bunga nya..
ReplyDeletesebab cantiklah sy terpikat
Deletesalam ros cantik sangat2 bunga ni, apa maksud Rose, ia berbunga sekali terus mati?..maksud nya bunga je yg.mati atau keseluruhan pokok akan mati?..ia ditanam melalui biji benih atau anak pokok?..maaf banyak tanya hehehe.itu pasal terlalu minat.
ReplyDeletekeseluruhan pokok akan mati bersama bunganya skali, rasanya tanam melalui biji benih
Delete