Antara yang ditanam oleh abah saya termasuklah betik, betik sedap dimakan masak atau semasa mengkal boleh dibuat sayur campur dengan pucuk ubi, masa kecik dulu saya selalu jugak makan betik mengkal cicah gula kicap. Sedap.
Ini pula adalah pokok ubi kerinting, kalau di tanam terus ke tanah, pokoknya jadi besar dan daunnya pun lebih lebar. kalau tak silap mak saya ada bagitau, hanya pucuk ubi kerintingsaja boleh dimakan, ubinya kalau dimakan boleh menyebabkan mabuk (pening?).
Inilah dianya pokok cemperai yang abah saya tanam, kesian tengok pokok ini, dah lama abah saya tanam tapi besar itu la juga, mungkin ambil masa lama untuk membesar dan rendang, sabar-sabar nanti adalah hasilnya tu.
Ada lagi gambar yang saya ambil di kebun abah saya, nanti akan saya siarkan dalam post yang lain. Di samping itu saya ada berita gembira untuk diri saya sendiri dan saya sangat teruja bila melihat pokok delima saya mengeluarkan bunganya yang pertama.
wah...tahniah..dl pun kami ada jgk pokok delima kat umah tu..berbuah byk..bila mkn rs kelat..dah u taknak mkn lg..last2 tebang hehehe
ReplyDeleteterover exited la pulak...hehehe, syg pokok delima tu, kelat2 pun byk khasiat, tak per kan boleh tanam yg lain
Delete