Selalu juga saya dengar nama buah kemunting terutamanya daripada kawan-kawan yg berasal dari pantai timur, saya tak dapat membayangkan rupa buah kemunting ini dan bagaimana rasanya. Kalau pekan Kemunting dekat Taiping itu saya tau lah. Sewaktu lawatan saya ke nurseri, saya terjumpa pokok ini.
Saya agak-agak saja tentu ini pokok kemunting. Saya tanya pada pekerja Bangladesh itu, tapi dia cuma tau yang pokok itu adalah pokok yang berbuah, dekat bangladesh pokok ini tak tumbuh kot, itu yang dia tak tau namanya. Saya pun nekad untuk membeli pokok tersebut walaupun tak tau pokok apa sebenarnya. Selepas beli barulah saya cari dalam internet dan jumpa pokok yang hampir sama rupanya dengan pokok yang saya beli.
Saya pun tanpa ragu-ragu lalu tanam pokok ini ke dalam pasu yang lebih besar dan tunggu buahnya masak. Buah yang masak berwarna keunguan seperti kulit mangis, teksturnya lembut dan rasanya manis. Tapi kalau silap makan, macam terasa tersekat di tekak.
Daripada pembacaan saya, buah ini juga digelar Blackberry Malaysia, memang ada rupa sikit-sikit pun tapi rasanya lain. Saya ada juga membaca yang buah ini dijadikan dessert di Thailand dengan dimakan sekali bersama santan, agaknya macam serawa lah kot. Pokok yang saya tanam ini lambat membesar mungkin kerana saya letak dalam pasu, kalau tanam terus di tanah mungkin pokok ini akan jadi lebih besar dan sihat lalu membesar bagai johan.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
pernah makan buah ni ms kecik2 dl kat kampung..selalunya tumbuh kat tepi2 semak..yg masak rs manis sedap
ReplyDeletePokok ni tak boleh tumbuh atas tanah biasa....tak sesuai. kena camput pasir pantai skit. Sbb tu byk tumbuh kt pantai timur.
ReplyDeletePokok ni tak boleh tumbuh atas tanah biasa....tak sesuai. kena camput pasir pantai skit. Sbb tu byk tumbuh kt pantai timur.
ReplyDeleteBagaimana pokok tu sekarang.. hidup subur tak kt dlm pasu? Koz sy pun baru tanam spokok kt dlm pasu gak..
ReplyDeleteSaya dah bawa pokok tu ke rumah abah saya dan tanam atas tanah, buahnya lebat sangat, kalau nak tengok boleh pi IG saya semuamenjadi. sepokok lagi saya tanam dalam pasu besar depan rumah, dah puas makan buahnya. sekarang ni buah dlm proses masak.
ReplyDelete