Jarum tujuh bilah, namanya, ada juga nama-nama lain selain dipanggil pokok kanser. Pokok ini saya ambil benihnya daripada rumah lama mak abah saya. Rasanya usianya adalah dalam 6-7 tahun tahun atau lebih itupun saya tak berapa nak ingat. Tapi saya tanam pokok ini semasa saya duduk di rumah lama. Tanam di dalam pasu yang besar, sungguhlah seksa mengangkatnya masa pindah rasa nak di tinggalkan saja tapi sayang. Akhirnya diangkut juga ke rumah baru dengan segala susah payah.
Daunnya berlendir, dikatakan pokok ini satu spesies dengan pokok kaktus tapi ia tak tahan hidup tanpa air. Kalau nak tanam kena siramlah macam biasa. Senang nak hidup dan membiak. Kalau di tanam didalam pasu pokoknya masih boleh membesar, pokok yang saya tanam tingginya hampir 2 meter, tetapi saya cantas selalu. Pokok yang ditanam di tanah seperti di rumah lama mak abah saya tumbuh membesar tinggi dan rimbun. Di rumah baru mak abah saya tak ada pokok ini, mak saya pula minta batang pokoknya untuk di tanam.
Selalunya orang makan daunnya sebagai ulam, rasanya tawar hampir kepada tiada rasa. Tak sedaplah kalau nak dibandingkan dengan ulaman lain yang ada rasa dan bau. Pokok ini berkhasiat tinggi terutamanya untuk pesakit kanser. Mak saudara saya dulu di kenalpasti menghidapi kanser payudara peringkat awal, jadi dia amalkan makan daun pokok ini, dan penyakitnya beransur kurang hingga ke hari ini. Bagi yang tak ada kanser juga elok makan daun ini untuk tujuan pencegahan. Saya yang tanam pokok ini bertahun-tahun pun sebenarnya jarang makan daunnya.Tapi pokok ini pun ada bahayanya juga, terutamanya durinya yang tajam lagi halus. Kalau terpegang batangnya, duri cepat patah dan melekat dalam jari.
Saya pernah bertemu dengan isteri seorang doktor yang menggoreng daun ini bersalut dengan tepung untuk dimakan mereka sekeluarga. Saya belum cuba kaedah ini lagi. Katanya lagi macam kita buat keropok bayam, rasanya pun hampir sama. Kalau ada masa nanti saya pun teringin nak cuba, kan mencegah itu lebih baik dari berubat.
No comments:
Post a Comment