Saja-saja nak tunjuk pokok ulam tenggek burung atau cabang tiga yang tumbuh secara liar di kebun abah saya.
Pokoknya agak besar tapi abah saya tebang dan tinggalkan tunggulnya untuk pucuk-pucuk muda tumbuh.
Setiap kali balik memang saya geram sahaja tengok pucuk-pucuk tenggek burung yang muda ini.
Kalau dibeli agak mahal juga, secekak kecil harganya seringgit. Tapi bila dah banyak macam ini tak termakan pula.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Subhanallah.. suburnya..
ReplyDeleteNi kalau dapat buat ulam cicah budu atau calit tempoyak.. tak sedar makan bertambah-tambah.
yang ini hidup sendiri bukannya tanam, kebetulan hari hujan, jadi suburlah dia...hehehe
Deletesalam Rose,
ReplyDeletetak kenal pokok ni, sebab tak pernah tengok.daun mudah boleh buat sayur ke dan rasanya macam sayur manis@pucuk manis?
pokok hutan ni kak, tak pernah pulak saya buat sayur yg dimasak, slalunya org buat ulam saja, rasanya lemak-lemak dan ada bau yg tersendiri
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteSuburnya tenggek burung ni! Mak Aji punya baru alih ke pasu, masih kurus keding lagi.
salam mak aji,
Deleteyang ni mmg la subur sbb dia tumbuh sendiri
Boleh jual kat pasar tani ni..berebut orang beli
ReplyDelete