Saya dah tanam pokok gajus, khas untuk pucuknya. Memang saya minat sangat makan ulam daun gajus. Rasanya kelat-kelat lemak tapi yang paling mengancam adalah baunya.
Masa kecik-kecik dulu saya selalu main atas pokok gajus. Makan buahnya yang kelat cicah garam. Bijinya pula dibakar, kemudian ketuk sampai pecah dan dapatlah kacang gajus bakar yang harum lagi enak.
Tapi ada bahayanya buah dan biji gajus, kalau terkena getahnya boleh melepuh kulit. Kami panggil melecup.
Pokok ini saya pesan adik saya belikan. Jadi tempat transitnya adalah rumah mak abah saya. Sempatlah Mimin 'posing' sikit dengan pokok gajus sebelum saya bawa pulang.
Setakat ini saya belum lagi kutip pucuk pokok gajus ini, sayang rasanya. Saya nak tunggu dia besar sikit lagi, kemudian pangkas dahannya supaya rendang dan keluar banyak pucuk.
Sama...akak pun suka buat ulam Pucuk dia.
ReplyDeleteTempat bermain atas Pokok gajus ni dulu2.
Biji dia bakar pas tu ketuk.
Buah dia mak akak buat kerabu
kenangan yg sama yer, kitorg terus makan kacangnya begitu saja, sedap
Deletemmgg betul..baunya tuh yg ngancam..ingat dl yg buahnyer bergetah tuh kena hati2 kan..silap2 leh melecur...
ReplyDeletebaunya menaikkan selera, getahnya mg bahaya, mula-mula melepuh, kalau dibiar boleh berkudis
Deletewaah manis menawan model jangguih tu...pucuk dan bijinya mmg best...
ReplyDeletemodel tu mmg suka enteprem
Deleteoh, this is sth new for me. i dunno Ketereh mean b4 tis...cuma ingat kan budu yg brandnya "Ketereh" haha
ReplyDeletedulu I pun tak tau, lepas tgk budu tu baru tahu
DeleteMemang sedap pucuknnya, sebagai pembuka selera.
ReplyDeletemakan bertambah-tambah
DeletePucuk gajus ulam terbaik
ReplyDeleteBoleh turunkan darah yang naik (ye ke?)
Tapi wajiblah kena ada
Sambal tertentu jadi pengiringnya (sambal apa?)
sambal kelapa...hehehe
DeleteKalau ada pokok gajus ni, akak pun nak tanam.Jagalah pokok tu Rose, dah jarang nampak pokok gajus.
ReplyDeleteRose, kenapa nangis?
nangis sbb tangan melecup kena gatah jangguih
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMak Aji juga suka makan pucuk ni, pun pernah tanam semata-mata kerana pucuknya. Pun ada pengalaman semasa kecik2 dulu dengan arwah mak, bakar bijinya. Arwah mak tukang bakar dan kopek, kami menunggu makan je, berebut2 pulak tu!