Pokok salad ini kelihatan 'lembik' tak bermaya. setelah saya pandang-pandang dan lihat-lihat, saya dapati pokok-pokok hidroponik saya kurang menjadi kerana saya letak kain penyerap nutriennya terlalu sedikit. Itu yang menyebabkan pokok lambat membesar dan akarnya tidak dapat mencengkam kuat.
Walaubagaimanapun dapat jugalah saya merasa daun salad hasil tanaman saya sendiri, saya suka masukkan daun salad sebagai pelengkap laksa utara. Sudah lama rasanya saya tak makan laksa. Daun kesom ada banyak di belakang rumah, daun salad pun masih ada yang belum di tuai, sempena cuti ini elok rasanya saya masak laksa. Erm...kecur air liur saya.
Seronokkan dapat makan hasil sendiri.
ReplyDeleteya mmg seronok
Deletefirst time lynn tanam salad ni. x pernah makan pun.tanam sebaris dlm 15 pokok tapi yg survive cuma 5 pokok jer. Tak sempat nak besar sgt sbb x sabar nak rasa. Lembut & manis, anak lynn suka sgt.
ReplyDeletekira ok la tu, ada jugak yg hidup, sempat merasa makan tu dah jadi bonus, anyway, terima kasih sbb sudi melawat blog ni
Delete