Nak beli benih online?

Saturday, September 22, 2012

Pekebun Wajib Lawat 1.1

 Kebetulan sewaktu saya datang ke sini dan ambil gambar, semua bunga sedang mekar seperti menyambut kedatangan saya, kadangkala ada juga waktunya pokok-pokok baru dialih dan bunga tidak secantik yang saya lihat ini.
 Saya datang ke sini pun waktu bukan cuti sekolah Malaysia tetapi mungkin cuti sekolah di Singapore sebab masa tu ada dua bas sekolah dari sana. Anak-anak muridnya sibuk main batu, cikgu-cikgunya pula berebut beli pokok herba untuk dibawa pulang walaupun saya dapat dengar dari perbualan mereka yang pokok-pokok bukan senang dapat masuk ke sana untuk mengelakkan penyakit bawaan tanah atau daripada pokok merebak ke negara mereka pula.
 Paling menggiurkan di sini adalah anggur-anggur yang bergayutan di dahan pokoknya, buahnya sangat lebat, kalaulah pokok anggur saya boleh berbuah macam ini, tersengih sepanjang hari saya sebab seronok sangat agaknya.
 Bukan anggur hijau sahaja, anggur merah pun ada, buahnya sama lebat, kalau ikutkan hati mau saja saya petik buah-buahnya tapi untuk pengetahuan kawan-kawan, pokoknya duduk dalam kurungan, tapi ada tingkap yang boleh dibuka, saya rasa tujuannya tentulah untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil gambar kenangan dan menyimpan perasaan untuk memiliki pokok anggur yang berbuah sebegini lebat. Pada kunjugan seterusnya ke sini, saya dapati pokok anggur ini telah botak sepenuhnya, menunggu masa pula untuk tumbuh daun baru sambil berbuah lagi.
 Di sini juga merupakan lokasi buruan untuk mengambil gambar kenangan, saya sempat ambil gambar adik saya pegang buah labu/kundur tersebut, malangnya saya cuma mampu bergambar di bawah labu/kundur kerana saya tak cukup tinggi macam adik saya.
 Deretan pokok strawberi yang kemas dan tersusun, di sini juga ada kaunter menjual buah strawberi segar tetapi seingat saya tak ada tanda yang buah strawberi boleh di petik sendiri di sini.
 Ini pula kalau tak tau memang lah tak patut, ini pokok kobis. Saya pernah lihat pokok kobis ditanam sebagai hiasan di tepi-tepi jalan CH digandingkan dengan bunga-bunga lain sempena kedatangan Sultan Pahang.
Kalau tak melawat ke tampat ini memanglah tak sah kerana di sini terdapat pelbagai jenis dan warna bunga ros yang berbeza. Baunya pun sangat wangi. Ya, saya memang sangat sukakan bunga ros terutamanya yang berwarna kuning, lagipun nama saya kan Rose dan saya juga nak bagitau walaupun saya tak tanam banyak bunga ros di rumah saya tapi kebanyakan baju kurung saya adalah bermotifkan bunga ros.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...