Nak beli benih online?

Friday, September 21, 2012

Pekebun Wajib Lawat 1

Peminat hobi bertani kalau tak melawat Cameron Highland (CH) tentulah rugi yang teramat sangat. Saya sendiri kalau boleh nak datang ke CH tiap-tiap hari sampai saya berangan-angan kalaulah saya ada duit yang terlebih sangat, teringin saya nak beli sebuah rumah di sana. Tiap-tiap hujung minggu bolehlah giatkan lagi hobi saya, tanam segala macam pokok-pokok, termasuklah yang pelik-pelik yang tak biasa di tanam di tanah rendah. Gambar di atas merupakan lokasi wajib bagi pengunjung CH yang pertama kali datang ke sini, setiap kali saya lalu di kawasan ini mesti banyak kereta yang berhenti untuk ambil gambar kenangan.

Saya tahu, ramai yang dah pernah ke sini, tapi saya nak cerita jugak. Kalau dah sampai CH, tempat ini mestilah dikunjungi. Bayaran masuk cuma RM3 untuk seorang, bagi saya memang berbaloi-baloi. Lokasinya ialah di simpang tiga hospital lama CH menuju ke jalan sebelum sampai ke hospital baru CH. Saya ada juga melawat kawasan hospital baru CH yang sangat cantik, saya terfikir tentu orang sakit yang duduk kat hospital itu cepat sembuh sakitnya di sebabkan suasana persekitarannya.

Tanaman bunga semusim ini ditanam di bahagian hadapan pintu masuk, yang dapat saya perhatikan bunga-bunga di sini sentiasa ditukar setelah habis musimnya. Memang menarik, warna bunga yang pelbagai memikat mata yang memandang.

Tempat di atas merupakan tempat kegemaran saya, di sinilah segala macam jenis herba serta sayuran ada di tanam. Setiap rumpun pokok di beri label nama masing-masing.

Dalam kawasan taman ini ada banyak anak-anak sungai yang sungguh comel dan mendamaikan, kalau di celup tangan mesti airnya sejuk macam ais, tapi saya ragu-ragu tentang kebersihan air ini sebab puncanya datang dari kuarters pekerja di atas bukit sana, mungkin bukan anak sungai semula jadi, mungkin juga longkang, tapi airnya memang nampak jernih.

Saya ada banyak lagi koleksi gambar-gambar yang saya ambil di sini, mungkin akan saya muatkan dalam entry yang akan datang. Tunggu.....

2 comments:

  1. Adik Ipar Lynn kerja kat Mardi (S/Usaha Chairman..) apa lagi, apt pun free! Tahun ni jer dah 3 kali ke CH, memang sentiasa ceria di sana..Rizal pun memang berangan nak beli tanah buat rumah kat sana..kononnya nak duduk bila pencen nanti (dlm hati ni terdetik, ish x lama lagi dah..tahun ni kami dah 46! seramm...)

    ReplyDelete
  2. waaaa, bestnya...tapi CH ni kalo musim cuti sesak sangat, sampai jem sana-sini, kalau nk pg kena pilih masa tak cuti, tp apa2 pun CH mmg best

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga bidara buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk jualan17 kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...