Nak beli benih online?

Thursday, May 9, 2013

Apa Pasal Wangi Sangat?


Pada satu hari sabtu, macam biasa saya pergi ke nurseri kegemaran untuk tengok kalau-kalau ada pokok baru yang tak ada dalam koleksi saya. Sambil itu saya belikan baja yang mak saya pesan. 

Kata mak saya baja kat nurseri kegemaran bagus sangat untuk pokok-pokok bunga kertas dia.

Sewaktu saya nak balik dari nurseri, ada seorang nyonya nak tanya saya tentang sesuatu, tapi saya tak ingat dah. Ketika itu saya dalam kereta, saya pun turunkan cermin. Tiba-tiba nyonya itu terus tanya saya apa pasal ada bau wangi sangat. Saya tak cium bau apa-apa pun.

Baru saya teringat, ada daun pandan dalam kereta saya. Itu sebab wangi.

Dekat mana saya letak daun pandan tersebut? Dalam bonet kereta. Daun pandan ini saya kutip dari rumah mak abah saya. Pokok pandan rumah saya simpan untuk kes istimewa sahaja.

Kadang-kadang saya pun lupa ada daun pandan dalam kereta. Bila ada orang tanya barulah saya teringat. Bagi kita yang hari-hari naik kereta tersebut, kita tak akan perasan pun ada bau pandan.

Kalau pagi-pagi saya datang opis, mesti orang ingat saya bawak bekal nasi lemak, sebab bau pandan melekat sampai ke baju (mesti orang ingat saya rajin masak nasi lemak pag-pagi buta sebelum pergi opis, sebenarnya masak air pun tidak, semua pakai mesin).

10 comments:

  1. hehehe mmg kelako lah...pandan ikon nasi lemak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, penat pakai wangi2, last2 bau nasik lemak ....hehehe

      Delete
  2. senang melekat bau pandan nie..banyak2 daun pandan dlm keta tuh buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nak sikit jer, tp mak sy bg byk la pulak, katanya pokok pandan dia dah byk sgt

      Delete
  3. Salam smRose,

    Kelakar pulak ya! Mak Aji baru dapat tanam pandan wangi, yang sedia ada kat rumah x wangi. Harap2 bila menjadi nanti jadi macam awak punya juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      ada ker pandan tak wangi? hehehe.... musang pandan pun wangi(gurau jer)

      Delete
  4. hehehh bau pandan pada nasi lemak mmg best..berselera mkn...sy pun guna jugak pandan letak kat bonet..selepas ada peminat durian beli durian menggunakan kereta sy...:|

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun pernah letak daun pandan utk hilangkan bau durian tp tk menjadik, kena letak arang baru ilang

      Delete
  5. Memang nice smell kan! mood jadi lebih baik lepas kerja when u suddenly smell pandan once u buka pintu kereta. I also put a lot in toilet, and it make me wanna it eat kuih seri muka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la, kalau tercium bau pandan teringat gak kat kuih serimuka hijau

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...