Inilah pokok paku yang membawa saya ke alam misteri.
Gambar ini saya ambil di alamat yang saya tampal dekat gambar itu ya. Tuan punya gambar janganlah marah saya ya, izinkan saya menggunakan gambar tersebut.
Saya siarkan cerita ini disebabkan @na tuan punya blog diari kebun~@na. Silalah lawat blog dia yer.
Ceritanya begini:
Pada satu hari saya (kecik lagi masa tu, belum sekolah) dan kakak saya (beza lima tahun umur) pergi berjalan-jalan dekat satu kawasan pembinaan (perumahan) yang berhampiran dengan hutan.
Dekat kawasan itu ada banyak pokok paku antaranya paku midin dan pokok paku pelangi (saya yang bagi nama sebab daunnya berkilat macam permukaan CD).
Sewaktu lalu dekat tepi pagar kawasan itu kami terpandang satu pemandangan yang sangat cantik. Kami nampak satu kolam yang di tengah-tengahnya ada pokok mengkuang dan ditepinya ada satu taman dengan bunga semarak kuning berguguran kat atas rumput yang menghijau yang kelihatannya dijaga rapi.
Sehingga sekarang saya masih boleh membayangkan rupabentuk kawasan taman tersebut. Tapi pada waktu itu saya tak nampak ada orang pun kat taman tu. Suasananya sungguh nyaman berbanding dengan kawasan pembinaan tersebut.
Saya dan kakak saya cuba untuk pergi ke taman yang cantik itu tapi kami dihalang kolam dan pagar kawasan pembinaan.
Selepas niat kami terhalang, kami bercadang nak pergi ke taman itu esok harinya dengan melalui jalan yang sebelah lagi (yang kami jangka ada).
Esoknya, kami pergi lagi ke kawasan tu, tapi yang kami nampak cuma hutan, tak ada tanda-tanda pun ada jalan lain ke taman itu dan tamannya pun dah tak nampak bayang. Kami pun malas lagi nak cari dan terus balik ke rumah.
Nasib baiklah tak sampai dekat taman tu, kalau tidak tak tahulah, mungkin saya dah jadi anak angkat orang bunian kot.
Woihhh seram tu...meremang!!
ReplyDeleteTapi suka tgok pakis ni...ada bersinar2 sikit kan
yer bersinar-sinar cam ada warna pelangi atasnya, ada ker org tanam yer?
Deleteseronok juga ada pengalaman waktu kanak-kanak
ReplyDeletemasa tu tk terpikirkan itu pengalaman yg pelik, ingatkan biasa-biasa jer
Deletekalau tak terjadi lah kesah SEMBUNYI part 2 hehehhehe..
ReplyDeletehehehe, naseb tk jd
Deletekat rumah ada pakis ni..tak tanam..skrg rasa sayang sbb cantik.
ReplyDelete