Dah lama saya tanam pokok daun sup, setiap seminggu atau dua minggu sekali, saya kena potong daun sup untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru. Apa yang saya buat dengan tuaian daun sup yang kadangkala terlebih dari yang di perlukan? Saya buat inti Speherd Pie cara saya.
Bahan-bahannya:
Bahan Pertama tentunya daun sup yang saya potong kasar-kasar.
Bahan Kedua, bawang besar yang di potong dadu (saya potong tak berapa dadu sangat)
Bahan Ketiga, Tomato yamg di potong dadu juga. Selalunya saya tambah cendawan butang dalam tin dan juga lobak merah. Tapi kali ini saya terlupa nak masukkan. Setelah siap masak, baru saya teringat.
Bahan Keempat, daging cincang.
Cara saya masak:
Mula-mula saya panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu, selepas itu masukkan cendawan butang, lobak merah dan juga tomato. Setelah lobak agak layu, masukkan pula daging kisar. Gorengkan sebentar, kemudian masukkan lada hitam, kiub daging lembu dan juga garam. Kacau lagi sehingga daging kisar masak. Selepas itu taburkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api. Siap.
Inilah rupa inti Sheperd Pie cara saya. Kalau rasa malas nak membakar, saya buat inti ini sebagai topping untuk kentang lecek sahaja.
Ini siri pertama untuk buat Shepherd Pie cara saya (yang tak sama dengan cara orang barat buat). Selepas ini saya akan tunjukkan siri kedua dan seterusnya. Tunggu....!