Monday, November 12, 2012

Masak apa dengan daun Sup? Siri Dua

Pada Siri sebelum ini saya telah sediakan inti shepherd pie. Hari ini saya nak tunjukkan cara saya menyediakan kentang lecek atau kentang putar sebagai pelengkap pie saya.

Bahan-bahannya:


Saya gunakan serbuk kentang segera jenama Knorr. Tapi kalau guna serbuk kentang jenis ini cara penyediaannya lebih rumit berbanding menggunakan serbuk kentang jenama Maggi  yang lebih mudah (cuma tambah air panas). Tapi ada perbezaan harga yang sangat ketara antara kedua jenis serbuk kentang segera ini. Tentulah yang lebih mudah harganya lebih mahal. Saya terpaksa guna jenama Knorr kerana jenama Maggi sudah habis stok di kedai yang selalu saya beli barangan sebegini. 

Sekiranya rajin, bolehlah cuba buat kentang lecek dengan kaedah biasa, menggunakan kentang segar. Saya gunakan serbuk kentang segera bukan sahaja untuk buat kentang lecek, malahan saya gunakan ia untuk membuat begedil dan sebagai pemekat kuah.


Kalau guna jenama kentang di atas kenalah ada mentega, air panas dan susu segar (maaf tak ada gambar).

Cara-caranya:

Serbuk kentang diadun dengan menggunakan air panas, kemudian masukkan mentega, kacau sehingga sebati, untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan cantik masukkan susu segar suam. Perisakan dengan garam dan lada hitam sekiranya suka. Kadang-kadang saya masukkan sekeping keju untuk menambah rasa.


Setelah siap, saya masukkan dalam piping bag untuk memudahkan saya membuat lapisan atas permukaan pie.

Tunggu pula Siri Ketiga untuk melihat hasil shepherd pie cara saya.

No comments:

Post a Comment