Sunday, November 11, 2012

Masak apa dengan daun Sup? Siri Satu

Dah lama saya tanam pokok daun sup, setiap seminggu atau dua minggu sekali, saya kena potong daun sup untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru. Apa yang saya buat dengan tuaian  daun sup yang kadangkala terlebih dari yang di perlukan? Saya buat inti Speherd Pie cara saya.

Bahan-bahannya:


Bahan Pertama tentunya daun sup yang saya potong kasar-kasar.


Bahan Kedua, bawang besar yang di potong dadu (saya potong tak berapa dadu sangat)


Bahan Ketiga, Tomato yamg di potong dadu juga. Selalunya saya tambah cendawan butang dalam tin dan juga lobak merah. Tapi kali ini saya terlupa nak masukkan. Setelah siap masak, baru saya teringat. 


 Bahan Keempat, daging cincang.

Cara saya masak:

Mula-mula saya panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu, selepas itu masukkan cendawan butang, lobak merah dan juga tomato. Setelah lobak agak layu, masukkan pula daging kisar. Gorengkan sebentar, kemudian masukkan lada hitam, kiub daging lembu dan juga garam. Kacau lagi sehingga daging kisar masak. Selepas itu taburkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api. Siap.


Inilah rupa inti Sheperd Pie cara saya. Kalau rasa malas nak membakar, saya buat inti ini sebagai topping untuk kentang lecek sahaja.

Ini siri pertama untuk buat Shepherd Pie cara saya (yang tak sama dengan cara orang barat buat). Selepas ini saya akan tunjukkan siri kedua dan seterusnya. Tunggu....! 

13 comments:

  1. sedap ni... bakor letak cheese atas dia pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh, dah pecah rahsia utk siri yg seterusnya

      Delete
  2. best..stok daging cincang ada..akak tunggu..oh ya tanam daun sup dari benih atau tanam dari akar ?

    ReplyDelete
  3. mcm nie sepharp pie yer..nampak yummy tuh...mmg kalau taruk daun sup sesui ngan daging cincang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole la cuba, ummuaidan kan banyak tanam daun sup dan daun ketumbar

      Delete
  4. kalau wat inti puff pastry pun sedap jugak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo tambah cendawan manyak skit mesti lg sedapkan

      Delete
  5. Ngape benih daun sup yg saya tanam taknak hidup2.ke ada caranya. Blh kongsi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mmg ada beberapa org kawan sy ngadu susah nk tanam daun sup dr benih, apa kata kita tanya pakar spt En. Iskandar (Tanam Sendiri) dan ummuaidan (Our simple Garden), sy tanam dr anak pokok yg di beli di CH, penah juga tanam dr akar tp tak tahan lama.

      Delete
    2. sebenarnya kalau kena cara mudah hidup..benih kena fresh..tanah lak kena sentiasa lembap (kena rajin siram)..kalau cuaca panas sgt pun susah jgk..letaklah dlm bekas kat tempat teduh sket...

      Delete