Wednesday, August 8, 2012

Tanam Tomato Secara Terbalik

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Saya banyak membuat pembacaan daripada blog-blog tanaman daripada dalam mahupun luar negara. 

Saya amat tertarik dengan cara penanaman secara terbalik yang biasanya digunakan untuk menanam pokok tomato. 

Mungkin cara penanaman ini sudah lama dipraktikkan tapi bagi saya yang baru setahun berjinak-jinak dengan hobi ini, ia kelihatannya amat menarik dan saya ingin mencubanya.




Benih tomato yang saya tanam ni saya ambil dari atas papan pemotong sayur di rumah saya, selepas saya memotong tomato, biji yang tinggal pada papan pemotong tersebut saya semai dengan meletakkannya ke atas tisu tandas yang basah. 

Setelah ia tumbuh membesar, saya pindahkan pula ke dalam cawan kertas seperti di atas.








Selepas ia membesar dalam saiz yang saya fikir sesuai, saya pindahkan pula ke dalam botol yang saya potong bahagian atasnya bagi memudahkan penyiraman air dan baja. 

Tutorial utk menyediakan upside down planter ini sangat mudah dicari di youtube malah amat mudah dilakukan. 

Pada mulanya pokok kelihatan tumbuh ke bawah, namun lama kelamaan pokok tersebut akan tumbuh ke atas juga bagi mendapatkan cahaya matahari.








Amat mudah menanam pokok tomato dengan cara ini, malah ia dapat menjimatkan ruang seperti yang saya lakukan di atas, saya sangkutkan pada jeriji tingkap dapur saya sahaja. 

Kedudukan pokok tomato ini juga saya ubah mengikut ketinggian pokok. 

Saya juga ada menanam pokok cili besar dengan menggunakan kaedah ini. Selain itu kaedah ini juga sangat sesuai bagi menjaga alam sekitar kerana kita dapat kitar semula botol-botol plastik yang telah kita guna di rumah. 

Saya menggunakan botol air mineral saiz besar, bekas pencuci pakaian dan botol susu segar 2L.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

33 comments:

  1. kaedah ini dipanggil topsy turvy... memang nampak menarik dan cantik.. tak perlu buat pancang utk pokok tomato.. ruang juga boleh dioptimumkan... saya pun ada juga terpikir nak buat mcm ni, benih tomato masih kecik lagi cambahannya... terima kasih atas idea bekas dynamo tu...

    ReplyDelete
  2. Kak.. Boleh ajar macama nak mula kan tanaman tomato cara terbalik NIH or akak bole bagi link yang akak baca utk buat tanam tomato sectarian terbalik ni.. Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole, tapi amik masa la sikit, nanti akak masukkan entry step by step, sementara tu taip jer kt mana2 search engine pekataan nih yer-upside down planter- gerenti jumpa byk website yg citer pasal menda tu

      Delete
    2. Untuk semaian biji benih tomato...biji dikeringkan atau disemai semasa lembab di atas ticu lembab..

      Delete
  3. rose,

    tak da ke entry updated pasal pokok tomato tanam terbalik ni??...macam berminat pulak nak tahu perkembangan dia?....hehe

    ReplyDelete
  4. ada entry pasal tomato tu kat sini http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/08/mangsa-hari-raya.html, hehe..kesian mereka itu (pokok tomato), sekarang tgh tanam batch baru, tomato ceri pulak 9blm dipndahkan ke bekas tanam terbalik lg)

    ReplyDelete
  5. idea menggunakan botol sabun tu memang bagus. teringin sangat nak buat ni tapi belum semai benih baru lagi. thanks untuk inspirasi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni tgh mencuba nk buat entry step by step utk tanam terbalik atas permintaan iq tapi tak siap2 lg coz tak de pokok yg bole di tanam...hehehe

      Delete
  6. Biasanya saya tengok orang guna pasu atau topsy turvy. Guna botol dan bekas terpakai macam ni elok juga. Mudah membaja.

    ReplyDelete
  7. kak. berapa byk tanah cukup untuk sepokok tomato ni? takut berat nanti jatuh pulak... br semai tomato. menarik juga kalau buat begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sampai sebungkus tanah campur pun, isi 3/4 drp bekas

      Delete
  8. Seronok tgk sayur2 puan dan cara puan yg kreatif...thnx dgn info2 yg manamjadi inspirasi kpd sy yg baru nk mula berkebun sayur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkebun sayur dan selamat datang, marilah kita kongsi2 ilmu untuk menambahkan pengetahuan, terima kasih daun keladi, kalau sudi datang jengok lagi!

      Delete
  9. slm, sy br je berjinak2 dgn hobi br ni.... skrg tgh cari info2 yg boleh tmbah pngetahuan sy.... sy pn akn cube tnm tomato gune cara ni. klau tnaman lain leh gune care ni gak ke? cnth, timun, bendi n rembang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, sy pernah tanam cili besar dan bendi ngan cara ini

      Delete
  10. penjagaan pokok tomato ni perlu kn air yg byk ke? jangka masa berbuah lbh kurang brp lame?

    ReplyDelete
    Replies
    1. air macam biasa jer, sy siram pagi dan ptg, sy tak cek pulak brapa lama dia mula berbuah sbb masa tu hanya cuba2 saja

      Delete
  11. aduh.....! sedih nye....:(
    benih cili, tomato n timun smue mati.... dh kua daun 5 6 helai.... ni smue baja pye psl...... geram tul ngn kedai bunge tu, die soh letak baje, x smpai 1 ari letak baje, smue nye layu....... ari ni ari ke 3, smue dh menyenbah bumi n kecut......
    sedih......

    ReplyDelete
  12. Wah!! menarik.. Kalau dah berbuah mesti cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berbuah pun, tapi tak sempat masak sbb tak bersiram raya masa cuti raya tahun lepas

      Delete
  13. Bestnyer tanam sendri dpt tuai tnmn sdr

    ReplyDelete
  14. selain tomato ceri, apakah tanaman lain yang sesuai ditanam secara ini?

    ReplyDelete
  15. ok gak...nanti nak cubalah cara tu thank for the info

    ReplyDelete
  16. macamana semei anak benih atas kertas tisu tu? boleh bgtau tak?

    ReplyDelete
  17. Sekarang pokok dah besar ke akak...

    ReplyDelete
  18. Mmg best idea.tanam terbalik tu.nk cubalah

    ReplyDelete
  19. Menarik ni..saya br nak berjinak2 tanam tanaman yg boleh makan diumah..nak merasa yg fresh dr rumaj hehe great idea!!

    Nak mulakan pemakanan secara sihat

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  20. Salam saya nak beli pokok mulberi dan pokok lelain. Tolong email saya cepat ye.
    sinarmaiya@yahoo.com
    Minat sgt dah lama cari.
    TQ

    ReplyDelete
  21. salam. saya nk tnye, kenapa kena tanam terbalik ye?apa kelebihan berbanding tanam macam biasa?

    ReplyDelete
  22. Kedudukan pokok tomato ini juga saya ubah mengikut ketinggian pokok. Vertical garden planters

    ReplyDelete