Friday, March 9, 2018

Kebun Opis


Saya pos pasal kebun opis saya ni kat group Kebun Bandar. Alhamdulillah ramai yang suka sebab diorang bagi likes kan. Hihihi!

Kami kat opis dah lama angan-angan nak buat kebun. Tapi boss sebelum ni nak cakap pun malas, lansung tak mesra alam.

Boss baru bagi cadangan untuk buat kebun. saya pun apa lagi, punya la gembira. Buat pengumuman kat group ws, ramai rupanya staf opis yang berminat.

Kami kutip RM50 seorang. Dapatlah kutipan lebih RM1k ++. Mulanya kami nak kutip RM650 sahaja untuk upah orang buat sistem fertigasi. 

Disebabkan ada lebih jadi kami buat kebun kedua yang guna bekas polistrin sebanyak 20 bekas.



Kami tanam kesum dan selom. Yang ni saya tak lubangkan bahagian bawah polistrin. Pokok-pokok ni suka air banyakkan.



Fertigasi 50 beg. Kami tanam kobis, cili, kailan.




 Ada asparagus, pegaga, pudina.



Bayam brazil ni saya saja tanam. Tapi masa tu medium tanaman tak cukup. Alhamdulillah, naik subur. ramai kawan-kawan opis geram tengok bayam brazil ni.




Ni la gambar masa saya mula cucuk keratan batang bayam brazil tu.



Kobis ni cepat besar. Geram jer tengok. rasa nak kutip buat sayur.



Ni pokok cili masa mula-mula tanam.



Terlebih tabur benih, maklumlah tokeh benih kan.

 Ada yang nak order benih boleh WhatsApp 017 4559536. Nombor HP saya la tu. Tak payah call yer, saya malas nak angkat sebab saya pakai tab, besar sangat nak letak kat telinga.




4 comments:

  1. waah ... boleh buat ladang ni .. tahniah .. suburnya tanaman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, nak tambah lagik bekas tanaman rasanya

      Delete
  2. Teringin juga nak buat tanaman macam ni.

    ReplyDelete