Monday, March 5, 2018

Pekasam Daun Mengkudu Siam

Saya terbaca di FB cara-cara buat pekasam pucuk ubi kayu, caranya macam buat jeruk pucuk maman.

Saya rasa sangat mudah caranya tu dan menarik. Dah lama saya teringin nak cuba pekasam pucuk ubi. Macam sedap jer. Jadi saya pun buat.

Bila makan, rasanya masam2 sedap. Wah! Ini sudah bagus. Jadi saya cuba buat guna pucuk-pucuk lain pula. Saya terfikir tentang daun mengkudu siam yang banyak kat belakang rumah saya.

Jadi saya pun petik dan buat pekasam daun mengkudu siam. Tak sangka rasanya juga sedap.

Caranya: daun basuh dan toskan. Masuk dlm botol tambah air biasa (sy guna air RO) sampai semua daun tenggelam. Masukkan nasik sejuk (agak2 jer la) dan masukkan garam (agak2 juga ler.. hihihi). 

Tutup botol. Biar selama 2 minggu dlm suhu bilik. Pas dah 2 minggu. Boleh lalukan air pada pekasam (nasinya saya buang) dan boleh dah masak. 

Cthnya spt gambar atau masak lain pun boleh. Masak lemak mungkin, asam pedas, rendang? Cuba la kan mana tau sedap.


Ini saya masak tumis dengan isi lala yang saya beli kat Pantai Remis, Selangor. Sedap gak.



Basuh daun mengkudu siam elok-elok. Buang habuk la kot. Ni tanam sendiri jadi takde racun.


Ramai yang tanya macamana rupa pokok mengkudu sian. Ni lah dianya. Pokok ni banyak dijadikan hiasan landskap. Mudah ditemui di tepi-tepi highway PLUS.

Jangan risau, memang boleh makan. Saya dah makan. alhamdulillah idup lagi ni, sempat menaip lagi.




Saya buat banyak cadangnya nak jual kat kawan-kawan opis. Kot la diorang nak kan. 

6 comments:

  1. semudah tu ye kak? tingin nya nk try.... daun2 lain akak pnh try ke?
    pokok ni akan berbuah ke? sbb mengkudu biasa biasa lah jumpa buahnya

    ReplyDelete
  2. pucuk ubi dah try, mengkudu ni tak jumpa lg yg bebuah, daun jer byk

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar pekasam daun mengkudu nih
    hehehe

    ReplyDelete
  4. nursuria: yer, senang jer kan
    Hans: cuba jgn tak cuba

    ReplyDelete
  5. nanti nak try la tp nak buat daun pucuk ubi..hehehe

    ReplyDelete