Tuesday, October 2, 2018

Hilangkan Pahit daun Betik





Pagi tadi saya singgah pasar pagi dgn adik sy, beli brg basah sikit, beli makanan utk abah saya. 

Sambil2 tu sy beli pucuk betik ni. Dlu sy pnah mkn pucuk betik, pastu cek kolestrol ramai2 dgn kwn opis, sy punya tahap kolestrol paling rendah, bangga rasanya.
Tapi yg tak tahannya rasa pahit pucuk betik ni, sampai ke otak. Tapi dengan ramuan rahsia yg arwah mak sy ajo ni, rasa pucuk betik tidak lg pahit tetapi lemak dan sedap. Nyam2.
Nk kurangkan pahit pucuk betik atau bunga betik, kita rebuskannya sekali dgn daun senduduk. Sy dah cuba sblm ni petua org lain, rebus dgn asam keping la, rebus dgn garam la, semuanya tk semujarab daun senduduk tk caya try yer.
Ada pulak citer lain ptg td. Sy suh adik sy pi ambik daun senduduk kt pdg depan umah tp dia tk tau katanya. Lepas sy tunjuk pokoknya baru dia kenal pokoknya. 

Katanya tu pokok lastik, ceh... budak laki2 mmg la main lastik. Sy pompuan, main2 masak tau ler. Mana sy tau pokok tu org buat lastik.
Sebab pokoknya masuk dlm semak sikit, sy suh adik sy patahkan ranting daun senduduk tu. Nasib mendengo ckp... hahaha!

No comments:

Post a Comment