Friday, April 17, 2020

Resepi Chawanmushi MRO


Masa cuti2 dok rumah ni nak buat apa la sangat kan selain makan tido makan tido.
Nak pi mkn sushi kat kedai pun tak boleh. Nak order online maleh. Jadi angan-angan jer la. Saya suka makan chawanmushi kat sushi king. jadi nak try buat kat umah sebab tgk resepinya senang jer.

Gambo kat atas tu menunjukkan chawanmushi sy yang dah siap. Tp cendawannya naik ke atas la pulak. Klo beli tu elok jer kt bawah.
Apa pun rasanya sedap! Yeay! kot2 la ada yang nak cuba masak kan. Ni resepinya.

Resepi cara saya yer. Bkn resepi sebeno.

Satu cwn telur (lebih kurang 3 biji) + air 3 cwn. 
Ratio 1:3.
Tambah serbuk cukup rasa megi dan garam ( itu jer yg sy ada. 
Klo nk sedap buat le dashi ganti air, stok ayam ker). Sila pukul mereka.
Pastu susun cendawan, udang/ayam/filamen ketam dlm mangkuk/cawan dan tuang larutan telur tadi.
Kemudian kukus sehingga masak.
Pastu makan...
Senang beno kan...kan...kan

No comments:

Post a Comment