Monday, June 15, 2020

Istana Raja Billah Papan


Semalam 14 Jun 2020 hari Ahad, saya dan adik lelaki saya pi melawat tempat ni. Seram la jugak suasananya. 
Kami pergi ni atas cadangan adik saya. Saya ikut jer, saya memang suka tangkap gambo kat kawasan cantik dan bersejarah.
Lagipun kawasan Papan ni dalam negeri Perak dan pergi jalan jauh-jauh orang tengah ramai leluar sebab PKP baru habis dan boleh rentas negeri.


Tak silap saya ni gambar surau yang dibina oleh raja Billah berdekatan istananya, itu pun kalau tak silap la yer.








Saya ada la ambil video kat kawasan ni. Dalam video tu ada bunyi kelepek kelepek yang pelik bunyi cam sesuatu tgh mengepakkan sayapnya. 
Kuat pulak tu. Pelik sungguh. Masa saya ambil video tu takde bunyi apa-apa. Senyap sunyi jer kawasan tu.

Kalau nak tengok video tu boleh pi kat IG saya Semua Menjadi. Sila follow yer... hihihi!

Link video tersebut, tu bukan video penuh, nantilah saya bukak channel youtube saya masukkan video lengkap.







Jenuh la jugak saya berposing kat area tangga ni. Cantik gak hasil gambarnya, tapi tak bole la nak tunjuk kat sini, nanti orang benci... kikiki!



Sebenarnya masa balik dari lawatan kat istana  ni, kitorang sambung pulak pergi satu kawasan kampung tinggal kat Kampung Gajah dekat-dekat dengan area Pasir Salak.

Memang seram gak suasana kampung tu, banyak surau dan banyak kawasan kubur lama dengan nisan-nisan yang dah senget-senget. Tapi masih ada penduduk yang rumahnya jauh-jauh antara satu sama lain.

Balik dari sana saya rasa ngantuk sangat. Pelik gak. Bukan jalan kaki ker apa. Banyak duk dalam kete jer. Adik saya yang memandu.

Saya rasa lain macam jugak. Balik rumah saya terus mandi dan guna limau nipis untuk gosok-gosok badan dan campur air mandian. Lepas tu baru rasa segar sikit.

Lepas mandi saya upload video dlm IG, masa tu la baru saya perasan ada bunyi pelik kat video. Seram la jugak. Pastu saya buat keje sikit dan naik bilik tidur.

Saya tak tutup lampu dan pasang lagu. Terlupa jam berapa terlelap, saya mimpi cam kena ganggu dan dlm mimpi tu saya baca ayat kursi dan saya terbangun, bila saya tengok jam hp tepat 12.01 am. Berpeluh dingin jap.

Saya pasang drama korea tengok sikit-sikit tapi terlelap jugak. Bangun banyak kali jugak sebelum subuh. Takdela mimpi pelik-pelik. Tapi masa terbangun tu saya macam terbayang satu gambar potret lelaki zaman dulu yang bermuka bengis.

Harini saya cuba juga google kot terjumpa muka yang sama berkaitan dengan istana Billah tapi belum jumpa lagi.

Tempat-tempat yang tinggal lama ni memang la ada yang menunggu terutamanya kaum jin kan. Mungkin kenkadang dia tak  suka kita kacau tempat dia. Tu yang dia bagi amaran tu.

Alamak! Masa saya taip ni tetiba pulak tulisan ni padam macam ada orang tekan button backspace. Saya cek jugak takde apa2 barang atas keyboard ni, kut2 la menekan sampai padam kan.

Aiseh! menduga sungguh.

Saya ada pos kat fb gambar Istana Billah ni, ada yang komen kata saya berani sangat. Takdelah, saya penakut juga kadang-kadang. tapi saya sebenarnya dah banyak kali jugak bersua dengan entiti ni. Tapi harap-harapnya tak jumpa lagi la.

Dibawah ni ada sejarah serba sedikit yang saya copy paste dari pelbagai sumber



Istana ini dibina menggunakan konsep binaan Mandailing atau lebih dikenali sebagai Mandailing Mansion. Mandailing merupakan nama keturunan bangsawan yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Istana Billah ini siap dibina pada tahun 1896 dan merupakan villa 2 tingkat terbesar di Papan, Perak dimana Raja Billah merupakan penghulu pada masa itu.

Menurut Abdur-Razzaq Lubis, pakar mengenai sejarah Mandailing, Raja Billah dan pengikutnya telah membuat keputusan untuk menetap di Perak namun pada akhir 1890an ramai dari keturunannya meninggalkan Papan.

Di tingkat bawah terdapat sebuah dewan yang mempunyai 8 penjuru dan sebuah pangkin. Manakala di tingkat atas merupakan ruang bilik tetamu dan dewan yang agak besar. Menurut sejarah, istana ini digunakan oleh Raja Billah untuk meraikan majlis kahwin, keramaian ataupun apa-apa sambutan penduduk di sekitarnya.

Yang paling utama, istana ini merupakan platform untuk penduduk disekitarnya bertemu dengan Raja Billah bagi membincangkan masalah dan bertukar pendapat. Biasanya penduduk akan mengunjunginya selepas Solat Jumaat di Masjid Papan.
Istana Raja Billah
31550 Pusing , PK
Malaysia4° 30' 55.3932" N, 101° 0' 46.5588" E
See map: Google Maps
Perak MY



Istana Billah or Billah Palace was built based on the Mandailing architectural concept. It is also known as the “Mandailing Mansion”.

Mandailing is a traditional cultural group from the northern part of Sumatera, Indonesia. This group of entrepreneurial migrants settled in parts of Selangor and Perak.

The two-storey palace was completed in 1896 and was once the biggest structure in Papan, Perak. It was occupied by Raja Billah, the Mandailing chieftain then.

The palace’s grandeur, located atop a hill, bore testimony to Raja Billah’s connection to the royal household of Sumatera. The mansion was built for his personal use.



According to Abdul-Razzaq Lubis, an expert on Mandailing culture and history, Raja Billah and his followers settled in that part of Perak following the tin rush. However, most of his descendants left Papan in the late 1890s.

On the ground floor is a hall with eight corners and a table. The living room with a huge hall is on the second floor. The site was used by Raja Billah to celebrate weddings and special occasions as and when they occurred.

It was also a venue for residents to meet Raja Billah to discuss and exchange ideas. Meetings were normally held following Friday prayers at the Papan mosque.

Papan residents claimed that the building is spooked. The ageing structure is left to the elements without much care by either the Mandailing community or the authorities. A wire-link fence has been erected to keep trespassers away.

Locals claimed that eerie sounds of drum beats and azan (call for prayers) can be heard coming from the dilapidated mosque located next to the palace.



Billah Palace is often associated with paranormal activities and the existence of supernatural creatures. This was featured in a Malay television drama named, “Warkah Terakhir” and a documentary titled, “Penunggu Istana” shown in cinemas recently.

In February 2009, a television crew filming on location experienced something horrifying while working within the palace grounds.

The crew realised that they were not alone. Something was watching them from the first day of filming.

Paranormal activities taking place at Billah Palace are not figments of Papan residents’ imagination but were confirmed and recorded on film. This will have a profound impact on Istana Billah’s aura, hopefully.

4 comments:

  1. beraninya akak, kalau dana memang idok la nk pergi situ... tengok gambar waktu siang pun dah scary kalau malam tak tau lah...
    cuma pelik tepi2 rumah tu ada tanaman macam herba tapi terjaga... ke memang ada orang jaga kawasan situ... atau memang boleh di lawati, sayang sebab tak terjaga, sebab cantik rumah-rumah tu kalau di pelihara

    ReplyDelete
  2. kalau pergi berdua bertiga okay lagi
    kalau pergi seorang..kena pula waktu nak dekat-dekat maghrib..
    memang cuak lah
    seram betul tengok gambar pun
    hahahaa

    ReplyDelete
  3. best kan projek mencabar gi istana usang camni., tryla gi tengah mlm gulap guliter., hehehe

    ReplyDelete
  4. Surau dekat istana billah tu bukan sekadar surau. Tu masjid Mandailing tertua di Perak malah Msia. Sayang x ada usaha pemuliharaan dr kerajaan Perak. Cuma org situ ada cerita adakalanya dengar juga bunyi ketukan tanda seruan masuk waktu solat padahal kawasan tu x ada orang Islam. Ok la, rasa jin2 Islam masih imarahkan Masjid itu.

    ReplyDelete