Thursday, April 15, 2021

Melawat Ladang Bunga Matahari Bagan Datuk


 Uiii lamanya tak menulis kat blog ni, jenuh sapu sawang sana-sini. Baru-baru ni saya ada pi melawat ladang bunga matahari. Cuaca panasnya lahai, sampai rasa terbakar kulit muka. 

Walaupun sekarang musim hujan tapi cuaca kat situ panas sgt mungkin sebab dekat dengan laut kot.

Saya dan adik bertolak dari Bidor ke Teluk Intan dan seterusnya ke Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk. Boleh tahan jauh jugak la. Sampai terpikir bila la nak sampai ni.

Terpaksa guna waze la jugak. Nampak jer gambar bunga matahari kami masuk simpang dan lalu jalan kecil dan akhirnya jumpa la jugak ladang tu.

Sampai tempat parking ada tulisan bayaran RM3, tapi nasibla dia tak mintak pun. Kami pun beli tket kat kaunter RM13 dan diberi sepeket makan ikan percuma untuk bagi kan makan la, jangan kita pulak makan, dalam ladang tu ada kedai jual minuman dan snek. Dan jangan risau toilet pun ada.

Saya pergi sana hari Sabtu, ramai jugak la pengunjung. Macam-macam gaya ada, sbb tujuan utama orang datang sini adalah untuk ambik gambar. Memang bayak props untuk ambil gambar disediakan oleh pemilik ladang.

Panas-panas tu pun ramai yang sanggup berjemur sambil posing. Termasuk la sekali saya ni.

Pada saya berbaloi la nak datang kalau anda dari sekitar Perak juga, lagi pun mana bole nak rentas negeri waktu PKP ni kan. Redho jer la kalau dapat berjalan dalam negeri jer, bersyukur jer lah.

Sila la tengok video yang saya letak kat atas nun, selamat menikmati pemandangan bunga matahari.

Video kualiti biasa-biasa jer, sy bukannya terrer nak edit2 video ni. Cukup la jadi kenangan, boleh tengok2 sambil senyum sendiri.

No comments:

Post a Comment