Sunday, October 3, 2021

Petua untuk Keluarkan Duri atau Selumbar yg Terkena Jari, Saya dah Cuba!

Saya ada kongsikan satu petua yang saya dah cuba sendiri kat fb personal saya dan share kat group Kebun Bandar.

Tak sangka ramai la pulak yg like dan share. Alhamdulillah sekiranya perkongsian saya tu bagi manafaat pada ramai orang.

Setakat  ni  ada 1.4K likes dan 1.1K share. Bagi diri saya banyak la tu kan. Saya bukan glamer mana pun.

Kat bawah nun saya copy p aste jer petua tu dari fb sy.



Petua yang baik kena kongsi.
Baru-baru ni sy sibuk menanam tetiba jari sy terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dlm jari. Sy cuba keluarkan guna kepit kuku tp gagal.
2 ke 3 hari ni jari dah mula bengkak sakit, saya taruh ivmist pun kjap jer ilang sakitnya.
Sy pun tgk utiub cara utk keluarkan duri/selumbar.
Caranya ambil air suam campur garam (sy buat 3 sudu kepci utk secawan air ni) rendam jari.
Sy pun rendam jari sambil tgk tv. 

Rasanya tk sampai 30 minit. Sy cuba tekan jari yg bengkak tu. Senang jer duri meluncur keluar. Tak sakit lansung.
Sblm ni sy cuba picit keluar, dah la tk bole, sakit pulak tu.
Tu yg sy bulatkan merah tu durinya. Mmg kecik tp sgt bebisa. Ada yg sy baca duri jarum tujuh bilah penah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau weiiii!
Alhamdulillah. Berjaya jugak petua ni.
Harap2nya sesapa ada masalah cam sy ni bole la cuba petua rendam air garam ni. Selamat mencuba😁

 Begitulah petuanya, kat bawah ni saya kongsikan petikan dari komen-komen kawan fb.

Antaranya petua-petua lain yang boleh digunakan untuk keluarkan duri atau selumbar dari 'daging' kita.


Eh! Tertinggal satu lagi petua dari pembaca, katanya guna kapur, sapu kat tempat tertusuk tu.

 

dan yang terakhir ni saja saya snap sebab ramai yang tanya soklan ni... hahaha!


No comments:

Post a Comment