Thursday, August 16, 2012

Beli Tanah

Semalam sempat meluangkan masa pergi membuat lawatan sambil membeli-belah di nurseri berhampiran dan yang paling selalu saya kunjungi sehinggakan pekerja Bangladesh di situ telah mengenali saya dan berani memberi harga murah pokok-pokok yang saya beli tanpa pengetahuan taukeh nurseri tersebut. Pada mulanya saya bercadang untuk membeli tanah campuran sahaja untuk di tambah pada pasu-pasu tanaman. Tiba-tiba saya terpandang satu pokok bunga yang telah lama saya cari.Sebenarnya saya sudah lama terpikat dengan keharuman bunga ini, kalau tak silap saya namanya Kemuning, sekiranya saya silap tolong betulkan yer. Saya pernah menjumpai pokok yang hampir serupa di tepi jalan berhampiran dengan sebuah restoran mamak, bau harum bunganya menusuk sehingga memenuhi ruag kedai.


Pokok bunga ini belum lagi saya ubah ke dalam pasu, masih dalam plastik lagi. Setahu saya pokok ini boleh membesar dan tinggi, tak taulah di kawasan mana saya akan letak bunga ini. Nantilah saya fikir-fikirkan.

Saya juga pernah melihat pokok ini dijadikan poko bonsai. Mungkin saya boleh memangkas pokok ini selalu agar ia tidak terlalu tinggi dan muat diletak dalam kawasan rumah saya yang sempit ini.
Saya ada terbaca info yang mengatakan terdapat khasiat daun kemuning ini bila dicampur dengan air, dikisar lalu dijadikan jus, dan diminum airnya sahaja untuk rawatan batu karang.

2 comments:

  1. cantiknya pokok ni kak, nak beli jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi bunga ni, tapi pkknya slalu besar, kalau ada yg kecik boleh pos, akak carikkan utk Julie

      Delete