Wednesday, August 15, 2012

Si Daun Sup

Pokok daun saderi atau sup ini dalah antara pokok yang menjadi kecemburuan kawan-kawan yg datang ke rumah saya. Saya tanam pokok ini dalam pasu plastik kecil dan juga dalam bekas polisterin yang saya kutip semasa di Cameron Hingland. Orang di sana hanya buang bekas-bekas ini dan saya kutip bawak pulang dan jadikan bekas tanaman. Tapi nasib baik la masa saya mengutip itu tak ada orang yang nampak sebab waktu dah petang.

Kawan saya ada yg minta sepasu pokok sup ini utk dibawa pulang tapi saya tak bagi, kedekut sangat rasa menyesal pulak. Kesian kawan saya itu, dia pun dah berpindah tempat kerja. Kalau tidak ada juga kenangan daripada saya untuk dia.

Pokok ini perlukan air yang banyak dan tanah yang mempunyai saliran yang baik, saya gunakan tanah campuran yg saya campur dengan sedikit pasir yang beli di nursery. Sy letak ianya di tempat yg teduh.Setiap minggu saya terpaksa potong daun-daun sup ini, kalau tidak daunnya akan berubah warna kekuningan dan daun baru tidak akan tumbuh membesar dengan subur.


Sebenarnya saya sampai tak termakan dah daun sup ni, selalunya saya gunakan daunnya untuk sediakan inti shepherd pie. Ada juga saya terbaca kebaikan meminum air daun sup yang direbus, saya dah cuba buat tapi ada masalah masa nak meminumnya disebabkan bau dan rasanya. Biasalah seperti apa yang orang selalu cakap, mana ada ubat yang sedap. Sekarang ini air rebusan itu tersimpan sahajalah dalam peti ais, manalah tau terbuka pula selera nak meminumnya nanti. Sementara itu berehat la dalam peti ais seadanya.

3 comments:

  1. Salam kak Rose, cantik & subur la pokok saderi tu, bleh kongsikan cara penanaman pokok ni? Thank u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie,
      Akak beli anak pokok ni kat Cameron Highland, lpas tu pindahkan dalam polisterin dan letakkannya di tempat yg teduh (bwh awning), siram air 2 kali sehari dan Baja dua kali seminggu.

      Delete
  2. Salam Kakak. saya baru menanam daun sup. saya beli dari pasar yang dah ada akar tu. Mula2 saya potong semua daun2 sup tu tinggal batang je. Aleh2 sekarang masuk 2 minggu semua layu. Padahal saya siram 2 kali seminggu. Kenapa ya kak rose?

    ReplyDelete