Tuesday, August 14, 2012

Mulberry Sutera



Berhampiran dengan rumah saya ada banyak nursery selain daripada itu saya sering juga ke Cameron Highland untuk melihat-lihat tanaman dan membeli serba sedikit. Boleh katakan setiap minggu saya akan singgah di nursery utk melihat pokok-pokok baru utk dibeli sedangkan di kawasan rumah saya sudah tiada kawasan utk bertanam lagi.



Semasa salah satu lawatan saya ke nursery utk membeli pokok mangga, taukeh nursery telah mencadangkan saya utk beli pokok raspberi yg ada di situ. Saya nampak ada buah berwarna merah seakan-akan buah raspberi pada pokok tersebut, saya pun percaya dengan cakap taukeh itu dan membeli satu pokok 'raspberi' tersebut. Saya lihat pokok ini banyak ditanam oleh jiran-jiran berbangsa cina di kawasan rumah saya. Tapi saya hairan kenapa pokok 'raspberi' tersebut tidak serupa seperti pokok raspberi yang biasa saya lihat. Adik saya kata pokok yang saya beli itu kelihatan seperti pokok yang orang gunakan utk makanan ulat sutera. Setelah mencari-cari di internet sahlah pokok yg saya beli tersebut adalah pokok mulberry bukannya pokok raspberi seperti yg dikatakan oleh taukeh nursery tersebut.

Pokok ini amat mudah membesar dan cepat berbuah, ketika ia berwarna merah rasanya agak masam tetapi setelah berwarna kehitaman rasanya berubah menjadi manis. Untuk menggalakkan lagi ia berbuah saya sering memangkas pokok ini, kebelakangan ini saya kurang dapat merasa buah mulberry yg saya tanam, mungkin dimakan burung atau dimakan oleh kanak-kanak yang sering bermain di hadapan rumah saya.

Selain daripada buahnya saya juga pernah memakan pucuk mulberry, rasanya sedap, saya cuma merebusnya dan ia ada rasa manis dan lemak. Sesuai di buat ulam. saya juga sering membaca di blog-blog yang lain, di mana daunnya boleh dibuat teh dan ada khasiat yg tersendiri.

1 comment: