Monday, August 13, 2012

Cili Besar Hijau Merah


Pokok cili adalah antara pokok yang gemar saya tanam. Ia tak memerlukan tanah yang banyak dan senang untuk membesar dan berbuah. Cili yang saya tanam saya ambil anak pokoknya daripada kebun abah saya. Saya tanam tiga pokok dihadapan rumah. Dua pokok benih daripada cili kering dan sepokok daripada benih cili segar.
 
 Dua pokok daripada cili kering berbuah dengan lebat tapi sepokok lagi kurang tetapi besar saiz buahnya. Malangnya semua pokok cili ini hanya menghasilkan cili hijau sahaja, kalau ditunggu buahnya masak pasti akan gugur dengan sendirinya. Saya syak ada penyakit pada pokok-pokok cili saya.
 
 Saya tidak kisah sangat dengan keadaan itu kerana saya amat menggemari cili hijau utk dibuat ulam atau dimasak. Buah cili saya kadangkala terlalu banyak sehingga terpaksa disedekahkan pada kawan-kawan di opis.



Di atas cili tu adalah buah mulberry yg masak berwarna hitam


Akhir-akhir ini saya ada menyembur racun serangga pada pokok cili saya dan saya dapati cili saya dapat masak dengan sempurna. Tapi keadaan buah cili saya tetap kelihatan berkedut-kedut seperti cili kering dan rasanya agak pedas daripada cili besar yang biasa.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

3 comments:

  1. cili sy jrg dpt tgk yg masak merah..kalau tak tuannya yg cepat sgt harvest, burung yg dpt..sy nak buat sambal belacan pun tak menarik takder cili merah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tk kuat makan pedas tu yg suka cili hijau, sambal pun kadang2 jer mkn, burung kat sana mkn cili besar ker mkn cili padi ni

      Delete
  2. burung makan dua2 jenis cili..selalu jer yg masak tu tgk2 separuh jer tinggal

    ReplyDelete