Monday, August 27, 2012

Delima Hati

anak pokok delima sewaktu mula-mula di tanam

Sejak dari kecil saya tinggal di kawasan yang berbilang bangsa. Hati saya sangat iri kalau meihat dihadapan rumah jiran-jiran yang berbangsa cina, mesti ada sepohon atau lebih pokok delima yang berbuah lebat.
 
Buahnya yang kuning kemerahan memang sangat menarik hati malah kelihatan cantik juga sebagai hiasan. Sejak dari itu saya juga bertekad untuk menanam pokok delima tetapi masalahnya dimana nak dapatkan benihnya.
 
Kalau dulu bukan senang nak menjumpai buah delima terjual di tepi-tepi jalan seperti sekarang, kalau ada pun harganya mahal. Bila saya mula dapat merasa isi buah delima, saya amat terpikat pula dengan rasanya.
 
Sejak itu saya jadikan buah delima sebagai buah kegemaran saya. Pantang kalau terjumpa buah delima dengan harga yang berpatutan, pasti akan saya beli dan saya akan nikmatinya secara perlahan-lahan, sebiji demi sebiji isinya yang merah jernih tersebut.
 
Buah delima ada banyak khasiat, dulu kita selalu disogokkan dengan pendapat barat yang menyarankan kita makan organ dalaman seperti hati ayam atau lembu untuk menambah darah yang sebenarnya salah. Sepatutnya kita makan buah delima yang lebih sedap dan berkhasiat tinggi. Buah delima juga sangat baik untuk ibu mengandung yang inginkan anak yang comel dengan mata yang bersinar cantik.
 
Jadi bagi ibu-ibu mengandung eloklah makan buah delima, adik saya yang mengamalkan makan buah delima setiap kali mengandung memang terbukti (dengan izin Allah tentunya) anak-anaknya memang comel (pada pandangan mata sayalah) dan cerdik. Selain daripada itu saya juga dapat tahu yang kulit delima juga ada khasiat untuk menurunkan berat badan, caranya ialah dengan meminum air rebusannya.
 
Gambar-gambar di atas ini adalah gambar bunga pertama pokok delima yang saya tanam tak sampai setahun yang lalu.

Pokok delima yang saya tanam, anak pokoknya saya beli di nurseri kegemaran saya itulah. Bukan setakat saya, emak saya pun teringin jugak nak tanam pokok delima. Adik saya pula diberitahu oleh kawan berbangsa cinanya kalau tanam pokok delima dihadapan rumah dianggap bertuah.
 
Memanglah bertuah sebab ada pokok yang penuh khasiat dihadapan rumah, tak payah nak pergi cari ubat jauh-jauh. Akhirnya saya dah jadi macam pembekal anak pokok delima lah pulak.
 
Emak saya sendiri mengamalkan satu tonik kesihatan yang ada kandungan delima. Nampaknya penyakit gout mak saya semakin kurang walaupun tidak hilang terus.
 
 
Pokok delima yang saya tanam baru sahaja keluar satu putik bunga, dah beberapa hari saya tunggu masih tak kembang-kembang, aga-agaknya bila la dapat makan buah delima, tapi tak tau la rasanya manis ke atau kelat seperti yang diceritakan oleh Ummuaidan.

3 comments:

  1. Buah delima kalau makan..biji kita telan sekali ke kena buang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. telan sekali tp ada gak org yg buang bijinya

      Delete
  2. Saya pun berminat nak tanam pokok delima.. Boleh saya tau nursery mana yg awak pergi ye? saya berminat nak beli anak pokoknya. :) Terima kasih.

    ReplyDelete