Tuesday, August 28, 2012

Cara masak Nasi menggunakan Microwave


Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Asal beras tentunya dari padi, padi pulak perlu ditanam. Nasi pula kalau nak dimakan tentulah perlu dimasak. Saya ingin berkongsi cara mudah masak nasi dengan menggunakan microwave yang mengambil masa singkat dan sangat mudah dilakukan.

 Langkah 1: Gunakan bekas seramik (kaca juga tergolong dalam kumpulan seramik) yang mempunyai penutup. Masukkan beras (contohnya seperti dalam gambar-2 cawan beras).

Langkah 2: Basuh beras seperti biasa dengan menggunakan yang air biasalah juga.

Langkah 3: Basuhlah ikut berapa kali yang biasa anda buat. (Gambar adalah rupabentuk beras yang telah dibasuh)

Langkah 4: Masukkan air yang secukupnya seperti yang biasa anda lakukan semasa masak nasi dalam rice cooker

Kalau ikut petua kawan saya yang bapanya ada restoren, letakkan tapak tangan anda atas permukaan nasi dan pastikan air berada diparas atas tangan anda. Saya dah cuba memang sentiasa menjadi.

Langkah 5: Masukkan bekas seramik tadi ke dalam microwave tanpa penutupnya. Setkan suhu tertinggi (high) dan masanya pula 15 minit (untuk 2 cawan beras). Tunggu sehingga cukup 15 minit.

Langkah 6: Buka microwave anda, tutupkan bekas seramik yang berisi nasi separa masak tadi dan setkan semula microwave anda pada suhu tinggi selama tiga minit lagi.

Langkah 7: Tadaaaa! Nasi anda telah pun sempurna masak.

Langkah 8: Sendukkan nasi ke dalam pinggan dan nasi telahpun sedia untuk dinikmati bersama lauk kegemaran anda. 

Keseluruhan proses memasak cuma mengambil masa 18 minit dan nasi boleh dihidang terus daripada bekas yang digunakan untuk memasaknya tadi. Untuk sukatan 1 cawan beras ambil 10 minit tanpa penutup dan kemudian 2 minit dengan penutup.

Entry kali ini memang tak ada kaitan dengan tanam pokok, tapi apalah gunanya hasil daripada pokok yang ditanam kalau tidak kita makan sama ada secara mentah ataupun di masak. 

Saya letakkan langkah demi langkah untuk masak nasi ini setelah di minta oleh rakan-rakan opis saya. Sebagai wanita yang bekerja, saya rasa cara ini amat praktikal dan patut dikongsi untuk kemudahan bersama. 

Antara faedah masak nasi dengan cara ini ialah ianya mudah, cepat, tiada pembaziran kerana nasi yang terlekat pada dinding periuk (rice cooker periuk Aluminium yang tak ada salutan teflon) dan nasi boleh terus dihidang dalam bekas tanpa perlu mengalih ke mangkuk nasi yang lain (tak perlu basuh pinggan mangkuk yang banyak).

Di rumah saya rice cooker tidak lagi digunakan. Ini kerana saya saya telah menonton rencana penyelidikan di tv yang menyatakan bahawa ramai orang Asia mengalami keracunan Aluminium disebabkan penggunaan rice cooker.

 Macamana pula dengan periuk nasi tanpa lekat yang mempunyai salutan teflon? Teflon adalah sejenis polimer (adik beradik plastik), Rencana yang sama juga ada menyatakan satu penyelidikan yang di jalankan di US mendapati penggunaan teflon ada kaitannya dengan penyakit barah.


Bagaimana pula dengan radiasi daripada microwave? Sila lah baca kat sini atau mana-mana tempat yang lain. 

Tapi pada saya kalau kita kendalikan dengan betul dan cermat tidak akan timbul masalah dengan penggunaan microwave seperti yang pernah saya tonton dalam satu siri pendidikan kanak-kanak di tv yang saya dah lupa tajuknya tapi ada lah sikit-sikit kaitan dengan 'it's safe if your mother said???someting??? ... ker atau kalau ada sesiapa yang ingat silalah beritahu saya.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

22 comments:

  1. rose..next time u try masak nasi cara indian..bubuh beras dlm air yg byk, tanak sampai masak & buang air lepas beras masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu juga dengar pasal tu, restoran mamak slalu masak nasik camtu, rasanya pun sedap, tapi kalau buat kat rumah cam banyak keje kene buat plak...hehehe

      Delete
    2. Masak nasik kawah@kenduri di kampung batu kurau, masak beras dengan air yg banyak, api kuat, kacau2 sampai nasik kembang baru buang air sampai sama tinggi beras, kemudian tutup dengan daun pisang.

      Delete
    3. Bagusnye dpt belajar cara masak nasi kawah... bole la simpan air beras buat air. Isi gula n ais sedap mcm air barli.

      Delete
  2. Salam. Macam mana kalau microwave tu boleh automatik tahu time dan temperature yang diperlukan apabila memasak. Contohnya microwave bar-code scanner

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna cara manual bukan yg automatik kerana slalunya cara yang automatik harus menggunakan bekas khas(drp plastik) untuk masak nasi

      Delete
  3. Salam smRose,

    Mak Aji biasa masak yg awal tu mangkuk x bertutup, high selama 17 minit (nasi lebih 2 pot) dan selepas tu medium high, mangkuk bertutup selama 3 minit. Pun pernah masak nasi lemak dgn cara yg sama kat ofis (satu tingkat bau nasi lemak!!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul la tu mak aji, kalau lebih berasnya, lebih lah masanya kan, kalau mak aji pernah masak nasik lemak, sy plak buat pulut kuning pakai microwave, nanti2lah sy muatkan dalam blog ni.

      Delete
    2. Salam smRose,

      pulut kuning ya, nak kena belajar ni! Kakak Mak Aji pernah masak nasi dagang juga dgn microwave, menjadi elok katanya!

      Delete
  4. Beriani , nasi putih .cepat dan mudah -

    ReplyDelete
  5. bagus nya... ada x resipi2 lain guna microwave..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni letak dua jer, masak nasi & masak pulut kuning, klik sini yer http://semuamenjadi.blogspot.com/2013/08/cara-masak-pulut-kuning-microwave-ldl.html

      Delete
  6. Esok try masak guna microwave.. housemate ilangkan rice cooker..

    ReplyDelete
  7. Berapa mathi ke beras biasa pun sama masa masaknya?

    ReplyDelete
  8. ini bahasa daerah mana,pak.thaks

    ReplyDelete
  9. ini bahasa daerah mana,pak.thaks

    ReplyDelete
  10. Bekas plastik boleh ke..berat nk bwa..nk masak nasi x apartment.. china

    ReplyDelete
  11. Bekas plastik boleh ke..berat nk bwa..nk masak nasi x apartment.. china

    ReplyDelete
  12. bekas plastic boleh, tapi tak elok untuk kesihatan untuk jangkamasa panjang

    ReplyDelete