Friday, August 24, 2012

Kebun Abah Saya Bahagian Dua

Abah saya tanam banyak pokok serai sebab serai senang nak tumbuh dan membesar dan boleh tahan harganya kalau di jual, takkan nak makan saja serai banyak-banyak ini, tentulah elok dijual, serai yang di tanam adalah dari jenis serai peha ayam, batangnya besar tapi kurang wangi berbanding serai kampung. Sangat sesuai untuk masak tomyam, kalau wangi sangat lebih sesuai buat minyak urut sahaja. Tanam serai banyak-banyak ini ada faedahnya manalah tau boleh terjumpa geliga serai ke atau kalau ada gunting yang tumpul bolelah ditajamkan semula dengan menggunting daun-daun serai yang ada. Di rumah saya ada menanam serai di dalam pasu, nampaknya kurang subur tapi kalau terdesak nak guna serai, bolehlah ambil sebatang dua. Kacang panjang merupakan tanaman yang selalu ditanam di kebun ini, setiap kali saya balik mesti saya ada terjumpa pokok kacang panjang. Ini pula pokok terung bulat, banyak juga saya tengok buahnya, tapi abah saya kata ini adalah antara buah-buah terakhir sebelum pokok ini tamat tempoh dan sedia untuk dilupuskan dan digantikan dengan tanaman yang lain.


Ini adalah tanaman baru yang abah saya cuba-cuba tanam, namanya kundur. Sesuai dibuat halwa dan saya juga selalu jumpa minuman kundur yang rasanya lebih kepada rasa gula merah sebab kundur ini setahu saya tak ada rasa yang kuat, cuma khasiatnya adalah untuk menyejukkan badan.






Saya sempat bawa balik sebiji kundur yang kecil untuk dibuat sayur, tapi belum berkesempatan untuk masak lagi kerana masih ada suasana hari raya di sini jadi tak berapa sesuai untuk makan sayur kundur (saya bergurau saja). Ada lagi tanaman lain yang ditanam oleh abah saya dikebunnya tapi secara kecil-kecilan sahaja. Abah saya bukanlah peniaga sayur, berkebun ini dibuat secara sambilan sejak dari muda lagi. Sekarang saya pula berminat untuk berkebun dan saya dah tahu apa yang patut saya buat bila dah pencen nanti (kalau panjang umur). Abah saya cakap berkebun ini adalah salah satu cara untuk bersenam untuk menyihatkan badan secara mudah dan murah malah dapat memberi hasil yang memuaskan sekiranya dilakukan dengan tekun dan usaha.

5 comments:

  1. Betul cakap abah awak tuh..hehehe

    ReplyDelete
  2. :) dtang ke mari dari tmpt ummuaidan...jom sehatkan badan secara mudah!hihi..
    tgk kundur tu best yer!banyak buah dah...

    ReplyDelete
  3. tapi rasa kundur ade sikit kureng berbanding labu air, buahnya mmg byk tapi susah kalo nk jual

    ReplyDelete
  4. Assalam..mana nak beli benih kundur tu ye?

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam, boleh whatsApp sy 0174559536 utk dapatkan biji benih dan anak pokok

    ReplyDelete