Thursday, August 23, 2012

Kebun Abah Saya Bahagian Satu

Masa balik berhari raya sempat buat lawatan ke kebun abah saya yang jauhnya tak sampai 200 meter dari rumah mak abah saya. Ini adalah bahagian hadapan kebun abah saya, ada dua bahagian, satu yang baru dimana tanaman utamanya adalah serai dan bahagian yang satu lagi saya tak ambil gambar sebab semak sikit dan tanaman utama di sana adalah pokok pisang.



Antara yang ditanam oleh abah saya termasuklah betik, betik sedap dimakan masak atau semasa mengkal boleh dibuat sayur campur dengan pucuk ubi, masa kecik dulu saya selalu jugak makan betik mengkal cicah gula kicap. Sedap.



Ini pula adalah pokok ubi kerinting, kalau di tanam terus ke tanah, pokoknya jadi besar dan daunnya pun lebih lebar. kalau tak silap mak saya ada bagitau, hanya pucuk ubi kerintingsaja boleh dimakan, ubinya kalau dimakan boleh menyebabkan mabuk (pening?).



Inilah dianya pokok cemperai yang abah saya tanam, kesian tengok pokok ini, dah lama abah saya tanam tapi besar itu la juga, mungkin ambil masa lama untuk membesar dan rendang, sabar-sabar nanti adalah hasilnya tu.



Ini pula pokok-pokok cemperai yang lain, janganlah mati hendaknya, semoga membesar dan sihat.



Ada lagi gambar yang saya ambil di kebun abah saya, nanti akan saya siarkan dalam post yang lain. Di samping itu saya ada berita gembira untuk diri saya sendiri dan saya sangat teruja bila melihat pokok delima saya mengeluarkan bunganya yang pertama.

2 comments:

  1. wah...tahniah..dl pun kami ada jgk pokok delima kat umah tu..berbuah byk..bila mkn rs kelat..dah u taknak mkn lg..last2 tebang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terover exited la pulak...hehehe, syg pokok delima tu, kelat2 pun byk khasiat, tak per kan boleh tanam yg lain

      Delete