Wednesday, August 22, 2012

Si Wangi Pandan




Pokok pandan saya disemai olah mak saya sebelum saya tanam di rumah saya, benihnya daripada rumah mak abah saya. Kalau kawasan rumah saya luas teringin saya nak buat pagar keliling rumah daripada pokok pandan sebab saya sangat suka kan bau pandan. Saya mula terpikat dengan kewangian pandan selepas saya menaiki satu teksi yang baunya sangat menyenangkan dan saya nampak pemandu teksi tersebut meletakkan serumpun daun pandan dalam teksinya, walaupun daun pandan tersebut sudah kering baunya tetap menyenangkan dan wangi. Daun pandan di rumah saya selalu saya potong untuk dijadikan pewangi rumah selain dapat menghalau lipas yang sangat banyak di rumah yang dah tua ini. Selepas dipotong kecil-kecil tapi tak lah sehalus bunga rampai sebab saya potong dengan menggunakan gunting dapur sahaja. Saya akan masukkan dalam kain net, ikat dan gantungkan di tempat tertentu. Kalau nak lagi muadh dapatkan sahaja daun pandan yang digubah. Bunga pandan ini ada dijual di pasar berdekatan rumah saya, sangat sesuai dijadikan pewangi di dalam kereta, saya dah cuba nak buat bunga macam ini tapi tak kemas, jadi lebih baik saya beli saja, lagipun harganya murah. daripada pembacaan saya selain dijadikan pewangi masakan, daun pandan muda juga ada khasiatnya tersendiri, caranya ialah menggilingkan daun tersebut dan dicampurkan dengan air, ianya di sapu pada kulit kepala dan rambut untuk rawatan kelemumur.

No comments:

Post a Comment