Tuesday, September 4, 2012

Cendawan Busut


Cendawan busut merupakan sayur kegemaran saya. Paling menarik adalah baunya yang sangat unik berbanding cendawan atau makanan yang lain. Sejak dari kecil saya biasa makan cendawan busut sebab cendawan busut selalu tumbuh di dalam kebun abah dengan mak saya. 

Makan cendawan busut ini ada juga patangnya, dikatakan kalau kita jumpa cendawan busut janganlah nak bolot semuanya, eloklah kalau dibahagi-bahagikan sesama jiran tetangga. Ada juga betulnya pantang itu, kalau kita makan terlebih sangat sesuatu bahan itu tentulah membawa mudarat. terutamanya cendawan yang dikatakan mengandungi asid urik yang tinggi, kalau makan banyak sangat cendawan dan asid urik berkumpul terlalu banyak dalam badan boleh mengakibatkan sakit gout.



Masa kecik-kecik dulu, selalunya saya adalah orang pertama yang akan jumpa kawasan tumbuhnya cendawan ini. Ini kerana saya suka sangat berjalan-jalan dalam kebun dan hidung saya cepat sahaja terbau cendawan ini. 

Selalunya terdapat dua jenis cendawan yang selalu tumbuh di kebun iaitu cendawan busut dan cendawan tali. Saya lebih menggemari cendawan busut kerana ia lebih berisi dan baunya lebih menyelerakan berbanding cendawan tali yang agak kurus bentuknya dan rasanya pun agak kurang berbanding cendawan busut.



Selalunya bila sahaja saya terdapat cendawan yang bayak tumbuh merata-rata, saya akan segera memberitahu pada emak saya dan kami sama-sama akan mengutip cendawan tersebut sebanyak mana yang mampu. Selepas itu barulah dibahagi-bahagikan sesama jiran. Seingat saya kami tak pernah pun menjual cendawan ini. 

Terkini yang saya tau harga cendawan ini di kawasan saya boleh mencecah RM10 sekilo, kalau musim cendawan banyak tumbuh harganya boleh turun rendah lagi sehingga RM5 sekilo mengikut kualiti cendawan tersebut. Cendawan ini cepat rosak, dimakan ulat atau kumbang, kalau di sini kami menyebutnya sebagai 'maler' iaitu kategori yang sudah tak boleh dimakan.

Pekara yang paling leceh dan rumit adalah untuk menguruskan cendawan ini sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan hati-hati, terutamanya untuk membuang sisa-sisa tanah dan kadang-kadang mungkin ada ulat-ulat di bawah kelopak cendawan tersebut. 

Kadang-kadang tugas membersih cendawan ini sahaja mengambil masa berjam-jam lamanya. .Antara masakan cendawan busut yang biasa mak saya masak adalah cendawan tumis air campur daun kunyit, rendang cendawan dan tumis kering berkunyit.

Saya tiba-tiba nak tulis entry pasal cendawan busut ini disebabkan masa cuti merdeka haritu mak saya ada simpankan untuk saya masakan diatas dalam peti beku. Setiap kali ada cendawan yang tumbuh mak saya mesti simpankan sedikit untuk saya sebab dia tahu yang saya suka sangat makan cendawan busut terutamanya masak tumis kering berkunyit.

Sekarang ini susah nak jumpa cendawan busut yang tumbuh ditepi-tepi belukar kerana belukar pun dah tak ada. Saya tak pernah pula terjumpa artikel atau apa-apa rencana berkaitan cendawan busut yang di tanam. Tapi saya ada menonton dokumentari tentang penanaman cendawan susu rimau. 

Kalaulah saya boleh tanam cendawan busut ini, tentulah saya orang paling gembira dan berjaya. Harap-harapnya adalah orang yang buat kajian tentang penanaman cendawan busut.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?





************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?


7 comments:

  1. sedap tuh..masak ngan tomyam..my fav. cendawan ini tp here hardly jumpa cendawan busut nih..menyimpan angan2 jerlah nak ternak cendawan sendiri..hehe

    ReplyDelete
  2. tak penah masak tomyam, nanti kalau ade jumpa lagi boleh cuba

    ReplyDelete
  3. kat mana tempat ni?maksudntya negeri dan nama kg? sangat semula jadi hutan ni.

    ReplyDelete
  4. cendawan busut sangat sedap berbanding cendawan lain.Baunya yang unik,dan rasanya lemak manis.Tumbuh liar di kebun getah dan ada busut anai-anai.Bila kelkatu masuk ke rumah, kami semua get ready sehari dua lagi kerana confirm cendawan busut akan tumbuh.berebut-rebut mengutipnya,sampai tak sempat cari plastik, bubuh dalam kain sarung jer..balik rumah, mak siang dan tumis daun kunyit...enaknya! (rujukan tempat, jalan temoh,tapah perak.)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sesetengah tempat ,., seperti di tempat saya ianya dipanggil kulat tahun .
    sebab setahun sekali jer kot boleh jumpa di tempat yang sama .

    tahun lepas , saya spotted kulat ni depan rumah jiran .
    lawaknya .. jiran pun tak kenal kulat ni walhal depan rumah dia jer .

    kata orang , kalau petik jangan petik sampai habis . Nanti kulat tak tumbuh situ dah .
    mungkin betul kata penulis , supaya orang lain dapat kutip juga di sebelah petang , malam atau esoknya . Jangan nak bolot kita jer .

    yang lawaknya lagi .. saya spotted , saya kuti pdengan orang tua , dengan jiran saya tu juga . Tapi malangnya tak boleh makan . Pasal baru balik dari mengurut satu badan .. aisehh ..pantang kata orang tua . alamak ..meleleh air liur cakap lu masa lauk kulat ni depan mata ..

    ReplyDelete
  7. Cendawan busut ni dari sarang anai. Nak tanam/biak cendawan busut kenalah sediakan sekali sarang anai2nya

    ReplyDelete