Wednesday, September 5, 2012

Patch Belakang Rumah

Saya sebenarnya agak kecewa dengan kawasan 'pertanian' di rumah saya. Kawasannya sangat kecil dan kebanyakannya tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Hendak beli rumah yang lain yang mempunyai tanah yang luas, kawasannya mungkin jauh dari tempat kerja. Nanti masa habis di jalan sahaja, tentulah tanah yang luas susah dan tak cukup masa nak diusahakan. Saya dah maksimakan penggunaan kawasan dengan bermacam cara tetapi masih tidak memuaskan hati saya. Jadi saya pun buatlah patch di belakang rumah, diatas simen dengan menimbunkan tanah yang di beli di nurseri.Percubaan pertama saya ialah dengan menanam sawi daripada biji benih yang saya kutip sendiri daripada pokok sawi dan dibiarkan kering sendiri di pokoknya. Cepat sungguh percambahannya. tetapi kawasan tanaman tersebut dilanda air hujan, jadi kebanyakkan benih berkumpul di tempat-tempat tertentu akibat dihanyutkan air hujan. Jadi pokoknya tumbuh rapat-rapat. Sebelum ini saya telah merncampurkan pasir kedalam benih untuk menjarakkan tanaman.
Selain daripada itu saya taburkan juga benih bayam yang dah terlebih masa. Nampaknya ada juga benih yang menjadi, tapi lambat sedikit pertumbuhannya. Bayam ini saya tabur di bahagian tengah patch. Bayam ini adalah dari jenis dwi warna iaitu merah dan hijau, saya memang suka sangat sayur bayam, melalui pembacaan saya, sayur bayam tidak sesuai dimasak dengan minyak contohnya seperti tumis air atau stir-fry, ini kerana khasiat bayam akan hilang bila dimasak dengan cara begini. Jadi cara yang paling sesuai untuk memasak bayam adalah dengan merebusnya sahaja. Bila cakap pasal bayam saya mesti teringat cerita kartun Popeye (walaupun bayam yang Popeye makan tak sama dengan bayam yang saya suka)atau cerita Raja Bersiung.

Dan dibahagian tepi iaitu dibawah pokok kari saya taburkan pula benih lobak merah yang juga dah terlebih masa. Saya pilih kawasan di bawah pokok kari kerana kawasannya lebih redup berbanding kawasan sawi dan bayam. Nampaknya pertumbuhan lobak merah adalah lebih baik berbanding bayam. tapi tak tau lah sama ada pokok lobak merah saya ini boleh membesar dan mengeluarkan hasil atau tidak. Saya hanya mampu berharap, kalau menjadi saya anggap ia sebagai bonus, kalau tak menjadi saya anggap sajalah ia sebagai takdir dan saya akan berusaha lagi.

No comments:

Post a Comment