Thursday, September 6, 2012

Sayur Kacang Hijau

Orang buat taugeh, saya pun nak buat taugeh. Selalu sangat makan taugeh rasa jemu pula, jadi saya pun makan anak pokok kacang hijau pula. Sedap juga rasanya apabila di masak, masih terasa rasa kekacangannya tetapi lain dari rasa taugeh.
Ini taugeh yang belum dibuang akarnya, nampak serabut semacam saja, ada orang kata tak elok makan taugeh dengan akarnya, ada bisa tapi bukanlah macam bisa ular. IIni pula yang dah dibuang akarnya. saya suka taugeh masak tumis dengan kucai, kalau campur tauhu lagi sedap.
Ini pula daun pokok kacang hijau yang masih kecil, selalunya orang makan baby kailan, baby spinach tapi saya teringin nak cuba makan baby pokok kacang hijau, boleh tahan juga rasanya.

Saya tanam pokoknya dalam pasu plastik kecil sahaja, itupun pasu plastik daripada pokok-pokok yang dibeli di nurseri.

Potong pokoknya dengan gunting untuk mengelak pokok kotor terkena media tanaman. Mula-mula saya rajin jugalah masak sayur ini, lama-lama rasa bosan dan pokoknya mati sendiri sebab tak cukup cahaya matahari. Mungkin lepas ini saya nak cuba makan sayur anak pokok bunga matahari pula.

4 comments:

  1. assalammualaikum,baru ada kesempatan utk.melawat.
    Semoga sihat ya.Alhamdulillah pandai buat taugeh.
    Idea utk makan sayur anak pokok bunga mata hari tu, agak bagus.kalau dah cuba jangan lupa kongsikan rasanye ye hehehe.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi melawat, saya paling suka tengok labu air yang Puteri Purnama tanam tu, uii...menggiurkan...hehehe

    ReplyDelete
  3. macamnane rasenyer anak pokok taugeh tu? yg dak hijau...rase macam pea sprout tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak srupa macam rasa pea sprout tu, lain sket...sedap lg pea sprout

      Delete