Friday, September 7, 2012

Jambu apa ni?


Minggu ini adalah minggu yang sungguh sibuk bagi saya. Ada kerja yang perlu disiapkan sampai tak cukup masa nak membelai pokok-pokok di rumah. Minggu depan pula terpaksa bekerja di luar kawasan selama seminggu. Entahkan sempat atau tidak menjeguk blog. Rasanya tempat yang hendak dituju itu macam tak ada talian internet. Lagipun siang malam kena buat kerja. Pasrah sajalah.Pokok ini saya temui sewaktu lawatan saya ke nurseri kegemaran saya. Entahlah pokok apa, kalau ditanya taukehnya, dia pun kata tak tau, dia tau jual saja. Rupa buahnya macam buah jambu batu kampung, tapi daunnya tak macam rupa daun jambu batu, lebih kepada rupa daun jambu air. Taukeh nurseri kata buahnya boleh membesar sehingga sebesar ibu jari orang dewasa sahaja.Harga pokok ini lebih mahal sikit daripada pokok-pokok lain yang dijual di nurseri, tapi saya mana boleh tengok pokok pelik-pelik, mesti rasa nak beli, walaupun tak tau pokok apa. Taukeh nurseri pesan pokok ini mesti diletak di tempat panas dan katanya lagi buahnya boleh dimakan. Lama saya dah tunggu bilalah buah ini nak masak dan apa warnamya kalau masak.Satu kesilapan yang saya lakukan sewaktu menanam pokok ini adalah saya tidak menanggalkan pasu plastiknya. Saya terus tanam pasu plastik ke dalam tanah pasu yang besar. Saya lakukan demikian kerana akar pokok ini dah terkeluar di lubang-lubang pasu plastik tersebut. Jadi agak sukar untuk saya mengeluarkan pasu plastik tersebut. Sepatutnya saya kena potong pasu plastik itu tapi tak tau la kenapa saya tak buat, rasa menyesal pulak. Bagi sesiapa yang mengenali pokok ini sudi-sudilah kiranya memberitahu kepada saya. Teringin sangat saya nak tahu namanya.

4 comments:

  1. Nie pokok jambu ceri..hehehe..kat umah sy nie ade...mmg masak tak besar, besar ibu jari jer..tp sedap jgk rsnya...

    ReplyDelete
  2. eee ini pokok jambu batu, tapi jenis ceri.saya ada pokok ni, pokok ni membesar maksudnya jenis pokok kayu, saya dah ganti dgn pokok bunga cempaka.tunggu buah tu masak sedap, isi dalam warna pink.

    ReplyDelete
  3. terima kasih la ummuaidan dan Puteri Purnama, barulah sy tau kini, nak tunggu buahnya masak dam masukkan gambarnya dalam blog

    ReplyDelete
  4. yang saya tahu...pokok ni name indian guava......bile masak warna merah......rase....masam2 sikit....kalu tak silap la......jumpe mase g cameron fama.

    ReplyDelete