Saturday, September 8, 2012

Anak Pokok Tomato Ceri

Cuaca hari ini nampaknya mendung. Tapi pagi-pagi lagi saya dah siram semua pokok-pokok tanaman saya, kadang-kadang adalah jugak saya tolong siramkan pokok pandan jiran saya. Kesian saya tengok pokok pandan tu, dahlah kurus kering, jarang bersiram dan daunnya sentiasa botak sebab selalu sangat di ambil.

Petang tadi sempat pula ke satu jemputan rumah terbuka kawan sepejabat, banyak betul makanan siap ada gerai pelbagai, macam dekat hotel pula. Makan dan makan sambil sembang-sembang dengan kawan-kawan opis. sedar-sedar jam sudah pukul empat, sempat singgah ke nurseri dan nampak banyak stok baru pokok herba rosemary. Rasa macam nak beli untuk adik sebab dia ada pesan tapi memikirkan saya tak ada kat rumah nanti, saya batalkan saja, saya cuma beli racun siput dan dawai penggantung pasu sahaja.

Balik dari nurseri berkesempatan melihat benih-benih yang telah disemai 2 minggu lalu, lambat pertumbuhan benih-benih ni, yang dah tumbuh dan besar sikit cuma tomato ceri, lobak putih ada tumbuh 2 pokok dan pokok marigold lansung tak tumbuh lagi. Anak pokok tomato ceri ini dah ada kawan yang berminat sepokok dua. nanti kalau dah besar dan sesuai untuk dipindah bolelah saya sedekahkan pada kawan-kawan.

Gambar-gambar diatas ini mungkin adalah angan-angan saya, manalah tahu tomato ceri saya nanti jadi macam ini. Tak salah berangan-angankan, lagipun bukannya kena bayar duit.

1 comment:

  1. asslm, sy penggemar buah tomato ceri tp area sini memg sush nk dpt pokok ni. cik ada jual x pokok ni??kalau ad boleh hubungi sy x???
    sy berminat nk beli
    0175233676

    ReplyDelete