Sunday, September 16, 2012

Kebun Mak Saya Bahagian Dua


Semasa saya sibuk buat penggambaran berkaitan dengan kebun mak saya, ada pula yang minta gambarnya di ambil, bagi tidak menghampakann permintaannya, inilah saya perkenalkan cucu mak saya. Anak adik saya. Gambar ini ada kaitan juga dengan kebun sebab dia bergambar dengan paip plastik yang abah saya gunakan untuk menyiram tanaman di kebun mak saya iaitu kawasan sekeliling rumah.




Mak saya menyediakan sebuah rumah semaian binaanya sendiri. Rumah semaian ini dipenuhi dengan anak-anak pokok, pokok orkid dan juga pokok-pokok yang tak berapa tahan kena matahari.





Kadang-kadang bila saya bawa pulang anak-anak pokok dari nurseri atau dari rumah saya, mak saya mesti simpan dulu dekat rumah semaian ini, kadang-kadang sampai terlebih simpan dik kerana menunggukan hari yang sesuai untuk menanamnya. Saya kan sudah bagitau yang mak saya ini bertanam dengan penuh protokol pantang- larang.





Terpaksa memasukkan gambar Mimin sebagai selingan. Buat penghias laman. Mimin tengah beraksi memetik gitar halimunan.









Gambar-gambar diatas merupakan sebahagian tanaman hiasan yang mak saya tanam.



Ini pula pokok hiasan yang mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak saya. Dulu pokok ini banyak di tanam di rumah-rumah. Sekarang dah kurang. Dulu masa main masak-masak, ini adalah antara daun yang digunakan sebagai sayur, termasuklah beberapa jenis lagi tanaman hiasan lain. Selain masak-masak, saya main kedai-kedai juga, batu-batu kecil dijadikan duit syiling, manakala daun jambu dijadikan duit kertas.

1 comment:

  1. Dulu tecik2 pun saya suka sgt main masak2, amik daun2 tepi umh ..skrg semua tu tinggal kenangan..seronok berkebun ni..skrg saya nak berkebun takde tanah....berkebun kat pasu jelah..

    ReplyDelete