Monday, September 17, 2012

Salad Hijau dan Lembut

Ini adalah kali pertama saya menanam salad dengan cara hidroponik. Malahan bertanam secara hidroponik juga adalah untuk kali pertama bagi saya. Sebelum ini saya cuma berangan-angan saja sekarang dah jadi kenyataan. Benih salad ini datang dalam pakej set hidroponik yang saya beli ini. Jadi saya pun buat seperti arahan dalam pakej, walaupun pertumbuhannya lambat, namun akhirnya berhasil juga.



Pokok salad ini kelihatan 'lembik' tak bermaya. setelah saya pandang-pandang dan lihat-lihat, saya dapati pokok-pokok hidroponik saya kurang menjadi kerana saya letak kain penyerap nutriennya terlalu sedikit. Itu yang menyebabkan pokok lambat membesar dan akarnya tidak dapat mencengkam kuat.


Walaubagaimanapun dapat jugalah saya merasa daun salad hasil tanaman saya sendiri, saya suka masukkan daun salad sebagai pelengkap laksa utara. Sudah lama rasanya saya tak makan laksa. Daun kesom ada banyak di belakang rumah, daun salad pun masih ada yang belum di tuai, sempena cuti ini elok rasanya saya masak laksa. Erm...kecur air liur saya.

4 comments:

  1. Seronokkan dapat makan hasil sendiri.

    ReplyDelete
  2. first time lynn tanam salad ni. x pernah makan pun.tanam sebaris dlm 15 pokok tapi yg survive cuma 5 pokok jer. Tak sempat nak besar sgt sbb x sabar nak rasa. Lembut & manis, anak lynn suka sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ok la tu, ada jugak yg hidup, sempat merasa makan tu dah jadi bonus, anyway, terima kasih sbb sudi melawat blog ni

      Delete