Tuesday, September 18, 2012

Tuaian Hari Selasa

Pekara yang paling menggembirakan bagi seorang pekebun adalah bila mengutip hasil tuaian daripada tanamannya. Masa kecik dulu saya selalu ikut abah saya ke kebunnya, tapi saya tak tolong pun abah saya, saya menyanyi, berangan-angan dan sibuk tanya soalan tentang pokok-pokok dekat abah saya.

Tapi sewaktu memetik hasil, sayalah yang paling sibuk sekali sebab perasaan gembira tak terkata bila memetik hasil tuaian.

Pokok yang paling banyak mengeluarkan hasil di kebun kecil saya tentulah cili. Sebagai peminat cili hijau, saya akan kutip cili saya sewaktu masih hijau lagi. Cili api yang kecil-kecil itu adalah pokok cili api yang baru iaitu dari jenis yang pedas. Hasilnya agak sedikit berbanding dengan cili api kurang pedas saya sebelum ini.

Bunga Melur pula merupakan bunga wangi yang paling saya suka. Pantang kalau pokok melur berbunga, mesti saya kutip semua bunganya dan letak dalam kereta agar baunya menceriakan pemanduan saya.

Apa yang saya buat dengan cili hijau yang banyak sangat tu. Selain dari sedekah dekat kawan-kawan atau buat ulam sewaktu makan nasi, saya sangat suka mencampurkan cili ini dalam masakan terutamanya ikan masak taucu kegemaran saya.

Mari saya kongsikan resepi ikan masak taucu cara saya, mudah dan sedap:

Bahan-bahannya:

Seekor ikan (ikut suka, saya suka ikan tongkol, potong-potong dan goreng)

Taucu 2 sudu besar

Garam sesedap rasa

Halia 2-3 hiris

Bawang putih dua ulas (hiris nipis, tapi saya guna yang telah siap dicincang, boleh di beli di pasaraya)

Bawang besar sebiji (hiris nipis)

Air asam jawa (1/2 cawan)

Cili hijau 15 biji

Air (untuk tambahan kuah)

Caranya:

Tumis halia, bawang putih,bawang merah dan taucu. Setelah itu masukkan ikan dan cili hijau, tumis lagi hingga cili layu sedikit, lepas itu masukkan air asam jawa dan masukkan juga air biasa untuk tambah kuah. Biarkan mendidih, perisakan dengan garam, tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

2 comments:

  1. byk2 cili buat cili jeruk makan dengan kuew tiaw kerang...waaaa..bestnye....rs berair mulut pulak sebut kutieaw kerang nie..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili jeruk slalu buat saya sakit perut, tapi sy makan jugak...hehehe

      Delete