Wednesday, September 19, 2012

Kenangan Terindah di Kebun

Semalam saya ada cerita yang saya ni suka sangat ikut abah saya ke kebun. Kenangan terindah saya di kebun abah saya adalah berkaitan dengan jagung. Walaupun sekarang ni abah saya dah kurang sangat tanam jagung kerana terlalu menumpukan kepada serai, saya tetap tak boleh lupa kenangan jagung yang sangat manis.Kadang-kadang kalau ikut ke kebun pernahlah abah saya suruh tolong masukkan benih jagung ke dalam lubang, abah saya pesan jangan bercakap atau menyengih waktu tanam jagung, nanti isi jagung tak penuh atau rongak.
Paling seronok bila jagung dah matang, dah boleh dipetik. Abah saya akan buat unggun api dan masukkan jagung dengan kulit-kulitnya sekali ke dalam unggun api. Sekejap saja jagung dah masak. Masih panas, buang kulit dah boleh makan. Kalau gigit pun kena hati-hati, takut melecur bibir. Manis sangat rasa jagung dengan bau yang harum semerbak. Saya masih boleh bayangkan saat- saat kenangan indah di kebun.


Kadang-kadang jagung yang abah saya tanam banyak sangat, tak habis sekeluarga makan. Mak saya akan rebus jagung dgn kulitnya sekali dalam periuk tembaga (harta pesaka dari nenek mak saya). Hasilnya jagung akan masak dengan sempurna tetapi kulit jagung kekal hijau cantik. Bukannya kuning macam kita jumpa dekat pasar malam. Jagung yang telah di rebus akan di jual di depan rumah, mula-mula malu juga nak jual tapi terpaksa la jual jugak, nanti mak saya bising pulak. Selalu jagung yang di jual mesti habis punya sebab dijual dengan harga yang murah sangat.

Dekat rumah saya sekarang ini tak boleh nak tanam jagung, tak cukup kawasan, sekarang kalau nak makan jagung beli sajalah dekat pasar malam, nak yang bakar, rebus, mentah, semua pun ada di jual. Tapi setakat inilah, jagung bakar yang tersedap yang saya pernah makan ialah jagung mutiara di Cameron Highland. Rasa macam dah lama tak pergi sana, rindu pulak...hehehe.

4 comments:

  1. janggung ala panggang memang menggamit memori...akak teringatkan mencampakkan buah berangan dalam dapur kayu arwah nenek..itu yang diajar untuk cepat makan buah berangan he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya pulak, buah berangn digoreng dalam kuali bersama dengan pasir (masa kecik2 dlu)

      Delete
  2. Bestnya makan jagung macam ni. Teringin dapur kayu arwah nenek saya.

    ReplyDelete