Thursday, September 20, 2012

Terung Telunjuk

Inilah pokok terung telunjuk yang saya tanam di dalam pasu di bahagian belakang rumah saya. Benihnya tentulah dari kebun abah saya. Sudah lama saya teringin nak tanam pokok terung jenis ini. Pokok ini tahan lasak berbanding pokok terung panjang atau terung bulat. Hayatnya pun lebih panjang berbanding kedua jenis terung tadi.

Kenapa orang panggil dia ni terung telunjuk yer? Agaknya sebab dia kecik sahaja macam jari telunjuk. Apa-apa pun rasa terung telunjuk ini memang sedap terutamanya kalau direbus campur daun kunyit lepas tu cicah sambal belacan. Makan pula dengan nasi panas berlaukkan ikan sepat masin. Fuhh! memang mengancam. Tapi bila kali terakhir saya dapat makan macam itu yer, macam dah lama sangat. Adalah setahun dua kot. Kebelakangan ini asik makan lauk-lauk moden saja.

Terung telunjuk muda warnanya hijau dengan bintik-bintik putih tapi kalau dah matang warnanya jadi jingga. Kalau nak makan tentulah waktu ianya berwarna hijau. Kalau dah warna macam kat gambar ini sesuai untuk buat benih. Saya sengaja biarkan ia matang di pokok, manalah tau lain kali kalau teringin nak tanam terung telunjuk lagi.

8 comments:

  1. comel terung nih.. tapi nasib lynn x brape baik. Dah 3 kali cuba tanam terung, mcm2 jenis tapi sumer x menjadi. ada tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips...erm...ekeke, beli kat nurseri pokok yang dah besar sikit...peh tu tanam..hehehe...melawak je, tak ada kot atau tak jumpa lg, kalau ada nanti sy bagitau

      Delete
  2. tu ler, masalahnya yg beli kat nursery tu pun kojol! ha ha..

    ReplyDelete
  3. jawapan versi melawak lagi: sila rendam tangan dalam ais-bg sejuk skit tangan tu...ekekeke sbb tangan panas agaknya tu yg pokok segan nk idup...hehehe

    ReplyDelete
  4. terung saya banyak betul bunganya tapi yang menjadi cuma 1 jek. apa sebab yer? sebab pendebungaan ke?

    ReplyDelete
  5. saya rasa ya, sebab pendebungaan, dulu, pokok terung saya pun macam tu juga, selepas saya debungakan sendiri, barulah ada buah yang muncul, cubalah mana tau berjaya.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak keberatan, boleh saya tau macamana nak debungakan secara manual? Kat pokok cuma Ada bunga purple. Tak tau tu jantan ke betina

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sy pun baru belajar jer ni, tapi cuba tgk video kt youtube ni, harap2 dpt membantu:- http://www.youtube.com/watch?v=6ey9sQ0YaeU&feature=relmfu

      Delete