Saya tahu, ramai yang dah pernah ke sini, tapi saya nak cerita jugak. Kalau dah sampai CH, tempat ini mestilah dikunjungi. Bayaran masuk cuma RM3 untuk seorang, bagi saya memang berbaloi-baloi. Lokasinya ialah di simpang tiga hospital lama CH menuju ke jalan sebelum sampai ke hospital baru CH. Saya ada juga melawat kawasan hospital baru CH yang sangat cantik, saya terfikir tentu orang sakit yang duduk kat hospital itu cepat sembuh sakitnya di sebabkan suasana persekitarannya.
Tanaman bunga semusim ini ditanam di bahagian hadapan pintu masuk, yang dapat saya perhatikan bunga-bunga di sini sentiasa ditukar setelah habis musimnya. Memang menarik, warna bunga yang pelbagai memikat mata yang memandang.
Tempat di atas merupakan tempat kegemaran saya, di sinilah segala macam jenis herba serta sayuran ada di tanam. Setiap rumpun pokok di beri label nama masing-masing.
Dalam kawasan taman ini ada banyak anak-anak sungai yang sungguh comel dan mendamaikan, kalau di celup tangan mesti airnya sejuk macam ais, tapi saya ragu-ragu tentang kebersihan air ini sebab puncanya datang dari kuarters pekerja di atas bukit sana, mungkin bukan anak sungai semula jadi, mungkin juga longkang, tapi airnya memang nampak jernih.
Saya ada banyak lagi koleksi gambar-gambar yang saya ambil di sini, mungkin akan saya muatkan dalam entry yang akan datang. Tunggu.....
Adik Ipar Lynn kerja kat Mardi (S/Usaha Chairman..) apa lagi, apt pun free! Tahun ni jer dah 3 kali ke CH, memang sentiasa ceria di sana..Rizal pun memang berangan nak beli tanah buat rumah kat sana..kononnya nak duduk bila pencen nanti (dlm hati ni terdetik, ish x lama lagi dah..tahun ni kami dah 46! seramm...)
ReplyDeletewaaaa, bestnya...tapi CH ni kalo musim cuti sesak sangat, sampai jem sana-sini, kalau nk pg kena pilih masa tak cuti, tp apa2 pun CH mmg best
ReplyDelete