Tuesday, September 25, 2012

Mar Kisah Impian


































Puan-puan dan Tuan-tuan, ya ini bukan pokok markisa saya tapi pokok markisa yang di tanam di 'Last Stop' CH. Saya kagum dengan kelebatan buahnya, Sungguh banyak buahnya, boleh petik sendiri di pokok, tapi lupa nak tanya berapa harga sekilo.

Ini pula pokok markisa saya, masih baru nak belajar merayap kat pagar belakang rumah.
Saya ikat lingkarannya ke pagar dengan menggunakan dawai hiasan. Kalau tak di ajar nanti merayap ke penyidai kain jiran pula. Tak pasal-pasal putus dahannya nanti kena potong.


Silalah nikmati gambar-gambar buah markisa di CH ini. Nasib baiklah buah markisa rasanya tak lah sedap sangat dimakan begitu sahaja, kalau tidak mesti saya dah petik bawa balik. Buah yang matang berwarna keunguan, ada ke nampak dalam banyak-banyak buah tu?
Ini pula pokok markisa saya, tak taulah bila pula boleh mengeluarkan hasil. Tanam pokok ini sebab nak tengok bunganya yang cantik macam bunga buah letup-letup Selain itu juga, nak melihat buah-buahnya yang bergayutan cantik. Harap-harap cepatlah berbunga dan berbuah.

2 comments:

  1. Banyak buah tu... akak boleh je makan buah ni..terutama yg dah masak keseluruhannya..

    ReplyDelete
  2. rasanya kalo mkn byk sgt bole ceret beret nih...hehehehe

    ReplyDelete