Monday, September 24, 2012

Red Indian Guava

 Buah jambu yang menjadi tandatanya saya sebelum ini telah pun masak. Warnanya kemerah-kemerahan dan tekstur luarannya lembut.
 Sebelum di makan sempatlah ia berposing, depan belakang, kiri kanan. Saya dapati buah ini telah mula berwarna keperangan dua tiga hari lepas, sebelum ini saya dah lihat-lihat di internet, warnanya nampak lebih merah daripada ini.
 Semalam saya sempat ke Cameron Highland untuk tangkap gambar dan membeli-belah sayur. Ramai betul penunggang basikal dekat jalan raya, penunggang motosikal pula lebih ramai dari hari-hari lain.Turun sahaja dari CH, tengok di depan rumah buah jambu ini dah sedia untuk di petik dan dipotretkan sebelum di faraid oleh burung-burung.
 Ini lah rupa bentuk buah jambu setelah di belah, isinya lembut dan berair. Kelihatan juga biji jambu yang agak besar berbanding saiz jambu.
Rasanya agak masam, tak ada rasa macam jambu kampung atau jambu besar, mahupun jambu tanpa biji. Mungkin buah jadi masam sebab musim hujan sekarang ini. kita tunggu pula yang lain untuk matang, kalau masam juga, kita buat sambal belacan sajalah.

2 comments:

  1. Guava?means adik beradik jambu la ni?pernah member bg..masam rasa yer..tp bau ye wangi..tak abis mkn sbb masam.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepupu jambu ler, waa...maknanya mmg masam la, kita cicah garam kicap jer la

      Delete