Sunday, September 23, 2012

Ulam untuk Raja

Ulam raja bukanlah ulam kegemaran saya pada mulanya. Baunya yang agak pelik lansung tak kena dengan selera saya. Tapi pokok ulam raja ada bunga yang cantik dan kalau di tanam pokoknya subur dan cepat membiak. 
Kalau teringin nak jadi pekebun berjaya, bolehlah mula dengan tanam pokok ulam raja.
Saya tanam pokok ulam raja saya dalam bekas polisterin sahaja. Sebelum ini saya tanam pegaga kampung dalam bekas itu tapi asyik kena makan dek siput. Agaknya sedap sangat rasa pegaga kampung, tapi kalau pegaga nyonya, tak payah tanam pun boleh hidup. 
Macamana pula saya boleh minat pula nak menanam pokok ulam raja dan makan ulam raja? Pokok ulam raja saya tak sempat berbunga kerana pucuknya selalu diambil. Macam ini ceritanya, ada satu hari itu saya kena berkursus selama dua minggu kat sebuah hotel di Port Dickson, makanan dekat hotel itu memang sedap-sedap belaka, hari-hari ada makanan laut, kambing, ayam dan segala jenis pencuci mulut. Mula-mula memanglah teruja, semua pun nak makan. Masuk hari ketiga, semua makanan itu dah tak boleh diterima tekak lagi. Tengok makanan pun rasa nak muntah dah. Kalau tak makan nanti perut masuk angin pula, nanti jatuh sakit. Mau tak mau saya terpaksalah makan ulam pucuk raja, barulah nasi boleh masuk dalam perut, lama-lama rasa sedap pula ulam raja, sejak dari itu, ulam yang saya benci dah jadi ulam yang saya suka makan, itulah sebabnya saya tanam pokok ulam raja, kalau rasa macam tak ada selera nak makan, saya pun ambil saja ulam raja yang saya tanam depan rumah. Senang, cepat dan berkhasiat.

8 comments:

  1. Bunga ulam raja memang cantik adik-beradik dengan cosmos. Tapi saya pula masih tak dapat telan lagi hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya, tak dpt telan lg sebab kat sana ada banyaaaakkk lagi sayur2 yg sedapkan...ekekeke

      Delete
  2. Akak suka juga..dgn sambal belacan. Pudina pun sedap jadi ulam..begitu juga pucuk cekur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pudina tak boleh lg, dah cuba byk kali...hehehe, tp kalo masuk dlm nasi beriani mmg syedap

      Delete
  3. lynn dah try pucuk lemon basil dgn sambal belacan.. nyum, nyum..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya nak share.. kalau nak tanam pokok, jangan ditanam dalam bekas polisterin ... pasal akan mengakibatkan kanser. Apa-apa pun saya suka baca pasal pokok2 kat blog nih. sempoi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      TQ sebab bgtau pasal politerin tu, tapi boleh tak nak tau sumber puan dapat maklumat tu, sy nak baca dgn lebih lanjut. Apapun terima kasih sbb sudi singgah sini.

      Delete