Tuesday, October 30, 2012

Malang bukan Maling

Jangan sentiasa memandang orang yang diatas, sekali sekala pandang orang yang di bawah. Kalau rasa diri malang, ada orang yang lebih malang daripada kita, bersyukurlah.

Macam sedih sahaja bunyinya, tapi sebenarnya biasa-biasa saja. Pertamanya selepas balik Raya Haji, nak panaskan sup yang di bawa dari rumah mak abah, letak dalam microwave tapi tak panas-panas. Alamak! Microwave dah rosak. takkan nak kena beli baru. Simpan dulu. Banyak dah barang yang rosak saya simpan saja dekat rumah. Sebulan ke dua bulan kemudian bila diperiksa, boleh guna semula. Contohnya peti ais, kamera digital dan jam tangan. Mana tau sejarah mungkin berulang (doa). Buat masa sekarang terpaksalah masak nasi pakai pengukus elektrik, malas nak keluarkan periuk nasi elektrik yang dibeli tahun lepas, masih dalam kotak. Sayang nak guna.

Keduanya, bangun tidur pagi, buat apa yang patut, tengok jam, banyak masa lagi. Tidur sekejap dekat sofa. Letak cermin mata dekat lantai. Tidur. Bangun dan terpijak cermin mata. Oh! Tidak! Sejarah berulang. Cermin yang retak, bingkai masih elok. Pakai sajalah. Kawan kat opis tak perasan pun. Bila disebut baru nampak retaknya.

Ketiga, tiba-tiba terasa nak alihkan perabot di dapur. Almari pinggan mangkuk, tolak punya tolak, lutut menekan cermin almari yang nipis, pecah, lutut luka berdarah. tak sakit sangat, tapi darah banyak keluar.

Tapi ramai orang kata, di setiap kesusahan yang menimpa mesti ada rahmat di kesudahannya. Saya sedang menunggu.


4 comments:

  1. Oh no...jatuh bertimpa-timpa tangga...kesiannya rose..mungkin lepas nie ade benda baik nak berlaku..tp jgn expect sgt yer..takut kalau tak terjadi sedih..huhuh..anyway sema tuh part of life hadapi dgn senyuman...take care

    ReplyDelete
  2. circle of life, up and down, down and up, hehehe macam senaman pulak.. cheersss

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam roda kan harap bkn mcm sarkes....hahaha

      Delete