Monday, October 29, 2012

Tuaian Hari Isnin


Tuaian hari ini merupakan kailan yang saya tanam secara hidroponik. Lama juga saya tunggu kailan ini membesar. Tapi berbaloi juga tanam secara hidroponik, tak payah siram, tak payah baja dan tak banyak serangan perosak.


Dulu-dulu saya ingat sayur kailan ini rasanya pahit di sebabkan warnanya yang hijau tua. Tapi setelah biasa makan sayur kailan barulah saya tau, rasanya jauh lebih sedap daripada sayur sawi yang kadang-kadang rasanya sedikit payau.

Tuaian kali ini saya gunakan untuk masak kailan ikan masin. Memang sedap. Sebenarnya sayur kailan ini paling sedap di bahagian batangnya, rasanya manis dan rangup. Kalau masak sayur kailan jangan buang batangnya walaupun kelihatan keras. Caranya siat kulit hijau yang ada pada batang kaialan dan ambil batang tersebut, potong macam biasa dan campurkan sekali dalam masakan.

4 comments:

  1. sama la kita rose...nad pun harvest kailan smlm...2 pokok je...tp yg tak sama..kailan rose lg yummy tanpa lobang-lobang...sy pun suka mkn btg kailan..kerup-kerup kunyah...sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan yang ini belum kena serangan, tak tau la di masa akan datang

      Delete
  2. dari pemerhatian saya pula, kailan akan rasa manis jika tidak terkena cahaya yang terlalu panas, kalau kena panas memang akan ada rasa pahit sikit, dan bukan kailan sahaja tapi hampir kesemua jenis sayur berdaun akan ada rasa pahit jika kena cahaya terlalu panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb kongsi pasal ni, kailan sy ni mmg kurang kena matahari, patut la tk pahit lansung

      Delete