Sunday, October 28, 2012

Daun Kunyit

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Saya tanam pokok kunyit saya di dalam pasu di bahagian belakang rumah saya.  Dulu belakang rumah saya ini tak ada orang tinggal, baru-baru ini ada pula orang pindah masuk. 

Mula-mula dia pindah dulu, runsing juga saya. Hari-hari menjerit marah anaknya. 

Asalnya mak saya yang semaikan kunyit ini, kemudian saya pindahkan ke pasu. Ini adalah pusingan kedua bagi pokok kunyit ini, pokok yang sebelum ini dah layu, maknanya kunyit dalam tanah dah matang, tapi saya tak ambil. 

Saya biarkan hidup semula sebab saya suka daun kunyit. Kalau setakat goreng ikan, saya guna kunyit serbuk sahaja.




Pokok kunyit ini membesar dua kali ganda daripada pokok asalnya. Saya suka masukkan daun kunyit banyak-banyak dalam rendang. Kalau masak ikan herba pun saya suka letak banyak daun kunyit berbanding daun lain.

Selain daripada pokok ini, saya juga ada tanam pokok kunyit dalam pasu gantung (nampak sikit pasu gantung dalam gambar ini). 

Tapi pokoknya kecil-kecil sebab saya tanam dari benih kunyit kecil-kecil yang di beli di Tesco (last stock)

Mungkin yang dalam pasu gantung ini, saya akan tuai isi kunyit. Bila? Tunggu sampai daun-daunnya dah tak tumbuh lagi dan mula layu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

11 comments:

  1. tanam gak kunyit dulu..sampai 2, 3 tempat..pokok & daun besau2..namun kerana malas nak tuai isi, nak tumbuh ms guna akhirnya pokok2 kecundang..hehe..ingat daun nak tark dlm rendang namun tak kesampaian..tp kunyit hidup cepat subur dlm musim hjan kan..perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul la tu, adik beradik kunyit cam halia ngan cekur pun bertambah-tambah sihatnya

      Delete
  2. dulu saya tanam dalam pasu,, jd cantik sgt daun dia,,, tp sejak pindah rumah,, lepastu pindahkan ke tanah,,, kene serang dek beluncas,, sakit hati sgt bila tgk daun jd kuning pastu siap berlubang2,,, hu,,hu ,, lepas nie,, nak tanam balik dlm pasulah,,, jelous tgk gambar ats,, daun debab debab,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kunyit sy yg dlm pasu gantung pun berlubang2, angkara si belalang yg byk sejak hujan ni

      Delete
  3. assalamualaikum...
    subur nampaknya daun kunyit tu.. besar.. mmg berbaloi tanam pokok kunyit, walaupun hanya sepasu... sbb daun kunyit kalau wat2 masak lemak ke nak pakainye cuma 1 helai je kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau nk letak byk pun apasalahnya...hehehe

      Delete
  4. Salam smRose,

    Mak Aji pun baru alih dari tanah ke pasu sebab kawasan tanah tu kurang subur, kat pasu senang sikit nak kawal. Mak Aji suka bunga kunyit dibuat ulam, memang sedap makan ngan sambal atau cicah budu!

    ReplyDelete
  5. salam, nak tanya macamana nak matikan pokok kayu yg besar, pokok yang tumbuh liar (bukan yg ditanam Majlis Perbandaran). sebab pokok dah tinggi dan berhampiran pula dengan rumah. Musim angin jadi tak lena tidor. Ada panduan? Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya (tak jamin menjadik yer...hehehe), yg biasa abah sy buat, memula ditakik kulit pokok sekeliling pokok (ukuran tinggi lilitan lebih kuran 25cm). Kemudian sapu racun yg agak kuat pada bahagian pokokkyg dah terdedah tu. Tunggu dan pokok akan mati2 perlahan2.

      Delete
  6. saya pun suka letak hirisan daun kunyit banyak2 dalam rendang.. ;)

    ReplyDelete
  7. Bestnya tengok pokok kunyit nie.. jeles ai,
    esok baru nak cari kunyit, nak tanam ni...
    Malam ni buat assignment cara tanam ..ehehe

    ReplyDelete