Tuesday, October 16, 2012

Mari Menanam Ros Jepun

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Saya suka dengan kecomelan ros jepun, bunga ini senang di tanam dan cepat membesar dan berbunga.

Kalau di tanam banyak-banyak dapat menceriakan halaman rumah.Kali ini saya nak kongsikan cara tanam bunga ros jepun dalam pasu gantung.



Langkah Pertama: 
Sediakan pasu, tutup lubang pada bahagian bawah pasu dengan kertas tisu tandas. Jangan pula guna tisu dapur macam kawan saya, nanti pokok mati sebab air tak boleh mengalir keluar. Saya tak gunakan batu sebab tak mahu tambah berat pada pasu yang nak digantung.




 Langkah Kedua:
Tuang tanah campuran dalam pasu secara perlahan-lahan.



Langkah Ketiga:
Isi tanah campuran sehingga 3/4 penuh.




Langkah Keempat:
Ambil batang pokok bunga ros jepun dan cucukkan di tanah dalam pasu. Jangan pula lupa siram air.



Langkah Terakhir:
Bajakan pokok 2 minggu sekali, tengok, dah berbunga pun (pokok asal).


************************************************************************
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Nak beli benih tanaman secara online?

25 comments:

  1. ada beza jugak yer guna tisu tandas tisu dapur..hmmm.... kalau ros tuh takleh tanam dengan benih ker? ker takder benih,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la ada benih ke idak sbb slalu mmg tanam dgn batang jer

      Delete
    2. bole tanam dgn benih sng jgk hidup.

      Delete
  2. oooooooooooooo... ini lah ros jepun... mmg cantek bunga ni.. senang di jaga.. dlm daun2 nye tu ada air kan...

    ReplyDelete
  3. beli kat mana ros jepun ni? kat nursery kegemaran smrose ke? blh ler share kat mana nursery tu...if dekat blh laaa p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ambil batang bunga ros jepun ni kat rumah kawan jer

      Delete
  4. kenapalah saya tak terfikir guna tisu kan? selama ni saya tutup lubang pasu guna net

    *tepuk dahi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah gunanya kita berkongsi pengetahuan kan...hehehe

      Delete
  5. Wah aku juga suka dengan bunga, mampir kat sini juga ya !!
    Kata Kata Patah Hati Bikin Galau

    ReplyDelete
  6. benih Japanese Rose ni kecik sgt..lynn try tabur kat patch kecil kat belakang, boleh survive tapi bila hujan lebat dtg, habis semuanya. Tanam keratan btg lagi mudah & cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo, ada benih rupanya, baru la sy tau, nanti nk kelebet bunga2 tu, nk tengok ada tak benih, TQ

      Delete
  7. Salam, saya sdg cuba menambah koleksi ros jepun abah saya. Skg ni dia ada warna putih, kuning, merah terang, pink, peach, oren & pink + putih. Klau ada sapa2 yg ada warna2 lain @ tahu di mana nak dptkan warna2 yg lain. Tolong inform saya ye. TQ

    ReplyDelete
  8. Kl campur ngan arang boleh x.

    ReplyDelete
  9. sy rasa ok jer kot, tp jangan la byk sgt macam tanam orkid...hehehe

    ReplyDelete
  10. Step ila lpas boh tanah basahkn sikit dgn air.then cucuk dgn pensel snang buat lubang.hihihuhu... aritu byk yg mati..ipenya siput vavi suka mkn yg bunga byk klopak ni.. so tabur garam..merempit siput larik x dtg lg.

    ReplyDelete
  11. Macam mane nk buat kalau ros jepun kena serang dengan ulat mcm kutu putih kecik2 melekat kt batang.byk lak tuh..sembur dgn petua racun organic pun tk menjadi..abis semua daunnye jatuh..racun organic tu sya buat dgn pencuci pinggan campur kunyit dn minyak masak..

    ReplyDelete
  12. Assalam semua..sy minat sgt dgn bunga ni nak beli xtau kt mana.tlg la semua kt mana sy nak beli.tlg lah jual kt saya...sy duduk kt area gombak.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade di fb aisya garden 12 jenis rm25 ade 120 keratan

      Delete
  13. salam.. tanah yang dicampurkan ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ,tanah organik je .jgn siram terlalu banyak air .cukup basah media tanah.pokok cahaya matahari penuh .gune baja merah secubit je seminggu sekali utk pokok gantung.

      Delete