Wednesday, October 17, 2012

Tuaian Hari Rabu


Tuaian hari ini merupakan daun kekabu air dan tomato ceri. Sikit sahaja. Tomato itu sahajalah yang masak, yang lain muda lagi.


Pokok kekabu air pula terpaksa dituai sebab sudah terlalu gemuk dan memenuhi ruang untuk pokok daun sup membesar.


Hasil tuaian tadi saya ubah menjadi hidangan salad ringkas.


Mudah sahaja caranya, saya cuma potong-potong daun kekabu air dan belah dua tomato ceri. Letak dalam pinggan dan tuangkan sos 'thousand island'.  Siap.  Sedap lagi berkhasiat.

15 comments:

  1. Kekabu air tu sedap ker? Lynn satu family x pernah makan, ingatkan rumpai, habis dicabut

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    wow... salad yang ringkas dan sedap.. sangat2 berkhasiat ni.. :)
    pokok kekabu rupanya tu... ingat kekabu pokoknye yg besar je tu.. leh wat bantal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..saya pun ingat pokok kekabu yg buat bantal tuh hehehe..camaner leh mkn kan...

      Delete
    2. ada macam2 nama, nama kekabu air tu, mak sy yg bagitau...hehehe

      Delete
  3. Salam perkenalan smrose...kalau tak tengok entry ni tak tau plak daun tu daun kekabu air boleh dimakan...menyelerakan salad ni...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang nadia, Tq kerana sudi melawat, cuba la buat salad camtu, sedap...hehehe

      Delete
  4. Selama ni Akak buang je Pokok tu
    Nama dia kekabu air pun baru tau Hari ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata lepas ni kita ternak dia, jgn buang lagi...jimat dan sedap

      Delete
  5. salad peperomia, wah sedap ni.maklumat tumbuhan ini ada dalam entry blog tanam sendiri, nama lainnya herba sepit ketam.

    ReplyDelete
  6. betul sangat tu, org vietnam slalu campur herbs ni dlm masakn diorang

    ReplyDelete
  7. ohh.. saya kenal pokok ni sebagai ketumpang air.. masa tak tau nama saya panggil sireh kecik.. Saya tahu pokok ni boleh makan sebab ada jiran saya masukkan dalam salah satu ramuan ulam nasi kerabu. Tapi tak pernah cuba.. boleh describe tak rasa dia macamana? manis? pahit? pedas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak nama dia yer, rasanya...ermm...macam berangin (menthol) skit , tapi sikit jer, tak mengganggu rasa.

      Delete
  8. sy pun xtau pokok ni boleh dimakan. kecik2 dulu selalu cabut pokok ni utk bagi ke arnab. takut plak nk try.
    heheh salam kenal. saya suka blog ni, banyak cerita pasal ulam! tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah

      Delete